Begitulah kehidupan kita sebagai manusia yang menjadi Hamba Allah. Kehidupan ini x kan lari dari melalui liku-liku yang kadang kala boleh menguji kesabaran dan keimanan kita..Aku teringat seorang pakcik yang meminta sedekah di kawasan Ampang Park semasa aku ke sana untuk interview. Umur pakcik tu dalam 50an aku agak..dia berdiri sambil menadah tangannya yang aku perhatikan agak terketar-ketar sambil sebelah lagi tangannya memegang tongkat..Untuk meneruskan kehidupan, apa saja sanggup dilakukan asalkan dapat mengisi perut..Itulah yang dinamakan kehidupan kita sebagai manusia..
Selembut Bayu Yang Bertiup, Semerdu Angin Yang Berbisik, Semoga Cinta Tetap Bersemi Di Hati Setiap Insan...
Friday, December 11, 2009
Liku-Liku Kehidupan
Begitulah kehidupan kita sebagai manusia yang menjadi Hamba Allah. Kehidupan ini x kan lari dari melalui liku-liku yang kadang kala boleh menguji kesabaran dan keimanan kita..Aku teringat seorang pakcik yang meminta sedekah di kawasan Ampang Park semasa aku ke sana untuk interview. Umur pakcik tu dalam 50an aku agak..dia berdiri sambil menadah tangannya yang aku perhatikan agak terketar-ketar sambil sebelah lagi tangannya memegang tongkat..Untuk meneruskan kehidupan, apa saja sanggup dilakukan asalkan dapat mengisi perut..Itulah yang dinamakan kehidupan kita sebagai manusia..
Thursday, August 27, 2009
H1N1 Lagi...
Cubalah menjadi masyarakat yang prihatin sedikit demi untuk kesejahteraan kita semua jugak. Jangan nanti, wabak ini menjadi terlalu serius baru hendak memulakan keprihatinan..semoga masyarakat kita lebih sedar dalam menghentikan penularan ini....
Khilafnya Diri Ini...

Sedar betapa diri ini khilaf dalam mentafsir hati budi setiap insan,,,sedaya upaya berusaha untuk memahami bahawa tiada yang sempurna dalam diri kita yang bergelar manusia ini..belajar untuk menerima hakikat bahawa setiap insan mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri..tapi mengapa ada insan yang sentiasa merasa diri sempurna hingga kabur dalam melihat khilaf sendiri..entahlah...susah untuk memuaskan hati setiap insan..selagi diri bergelar insan,,selagi itulah kita akan terus diuji..semoga diri ini kental menghadapi semua ini..
I'm Not Perfect!!
Tuesday, August 25, 2009
Bukan Niat nak Membazir




Thursday, August 20, 2009
Peliknya perangai...
Nak dijadikan cerita, dah dia nie nak berlagak je..aku pun balas la ngan ayat yang agak kasar sikit sesuailah ngan sikap dia tu..dia tanya aku, 'u nie memang kasar ke?'. Aku pun cakap la,,'saya berkasar ngan orang yang x tau nak hormatkan orang.' Yang buat aku cam meluat, masa dia mesej kat aku n tanya dia nie sape. Dia cakap, 'email u ada dalam list i..maybe pernah chat'. Then dia tanya, 'u nak i delete ke?'. Aku cakap la, sukati dia la nak delete ke x..tu hak dia..
Tapi..ntah tiba2 dia cakap, 'u nie mesti stupid..Aku pun cakap la kat 'orang tua' nie, 'saya bukan jenis suka berlagak ngan ijazah yang ada'. Pastu dia kutuk lagi, 'eleh, local u je..' Then dia duk sibuk bangga cakap dia nie graduate dari one of London school la..bila aku cakap malas nak layan. Dia cakap aku nie x reti nak argue sebab stupid..Aku malas nak argue ngan orang yang sengal tahap gaban cam dia nie..ingat aku akan teruja bila dia cakap dia nie oversea punya graduate? Tolong la...walaupun aku hanya local u graduate, tapi aku tetap bangga sebab...kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri yang bangga sape lagi yang nak mengangkat martabat universiti kita nie..memang la oversea luar negara lagi bagus tapi kalau la melahirkan 'orang tua' cam aku cerita nie...x yah la dia nak berlagak..
Macam2 perangai manusia nie..bila diberikan Allah sedikit kesenangan, dah mula memperlekehkan orang lain. Memang la kehidupan dia lagi bagus dari aku sekarang tapi tengok la, umur dia pun dah 39 tahun nak dibandingkan ngan umur aku yang baru 25 tahun yang dalam proses memajukan diri..ntah ape2 la,,berlagak bagus n pandai sangat tapi kurang bijak dalam membuat penilaian..Peliknya perangai....
Thursday, August 13, 2009
Bisakah....

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa
Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…
Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Aku suka lirik lagu nie..begitu mendalam makna yang tersirat disebaliknya..ermm,bisakah orang yang kita benci disayangi kembali? Bisakah orang yang mendustai, kita percaya kembali?
Semua nie terpulang kepada diri masing2 kan..adakalanya, sukar juga untuk menyayangi kembali orang yang telah kita benci dan juga memberi kemaafan kepada dusta yang dilakukan terhadap diri kita. Tapi, semua tu mungkin terpulang kepada tahap kedustaan yang dilakukan.Bagi ku, jika kedustaan itu di tahap yang boleh dimaafkan mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi, amat sukar rasanya untuk menyayangi orang yang telah dibenci..yelah, bukan sewenangnya kita nak membenci seseorang kan..kita membenci seseorang maybe disebabkan kesalahan yang dilakukan membuatkan kita x bleh lagi untuk terus menyayangi dan terus mempercayainya...
Tapi adakalanya sukar untuk kita membenci seseorang walaupun kita ingin membencinya. Adakah ini bermakna kita masih lagi menyayanginya? Entahlah....adakalanya perasaan ini begitu pelik untuk dimengertikan dan difahami..hanya yang mengalami dan merasai saje dapat memahaminya...
Wednesday, August 12, 2009
Ramadhan kembali lagi....

Puasa belum lagi start tapi aku tengok kat supermarket dah start jual baju raya la,,biskut raya & macam2 lagi. Orang kita memang camni ek...dah lumrah kot..Teringat masa keje kat Mydin dulu..aku bahagian ofis kat Mydin HQ Subang..bulan puasa ramai la individu yang buat amal jariah bersedekah kat anak2 yatim..Aku ngan beberapa lagi staff akaun kena turun kat Hyper untuk tolong staff HR beli baju untuk anak2 yatim. Aku pun ikut je dah setiausaha akaun suruh turun bawah. At least bleh la segarkan mata skit, asyik duk mengadap pc je..bleh jadi rabun gak nanti.
Sampai kat Hyper, aku tengok ramai gak anak2 yatim. Umur antara 5 tahun hingga 18 tahun camtulah. Aku pun ambik la sorang budak pompuan untuk tolong dia belikan baju raya. Umur dalam 9 or 10 tahun camtulah. Agak pendiam budaknya,,maybe diorang dah diasuh camtu oleh penjaga mereka yang dipanggil nenek. Sedekah untuk diorang nie datang dari sepasang suami isteri. Budget untuk kelengkapan raya setiap anak yatim dalam RM100. Alhamdulillah,,rezeki diorang. Kesian aku tengok anak2 yatim semua tu nak2 yang masih kecil..Begitu teruja diorang memilih baju raya masing-masing dalam masa yang sama, mereka kelihatan cukup tabah bila aku perhatikan..
Kedatangan Ramadhan sebernarnya membawa rezeki kepada sesetengah orang macam rezeki anak2 yatim yang menerima sedekah dari insan2 yang berhati mulia. Bulan Ramadhan juga membawa rezeki kepada peniaga2 di bazar2 ramadhan..sememangnya kedatangan Ramadhan sering dinantikan oleh insan2 yang merindukan bulan yang penuh keberkataan ini..
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubharak. Semoga dengan kedatangannya kali ini membawa seribu keinsafan kepada kita dan menjadi hamba Allah yang lebih Tawadduk. Insyaallah...
Tuesday, August 11, 2009
H1N1...bila akan berakhir??
Kadang aku tak faham dengan segelintir masyarakat kita nie..tiada kesedaran sivik langsung tentang kesihatan orang yang berada disekeliling ataupun berdekatannya. Baru-baru nie aku naik komuter nak gi umah abang kat balakong. Masa duk tunggu train kat Bank Negara, adalah sorang minah nie..asyik duk batuk-batuk je tapi x cover pun. At least tutup la mulut ngan tisu bila batuk. Adalah sorang akak duk sebelah dia duk jeling-jeling kat minah tu tapi minah tu duk busy sms je,,nasib baik aku duk jauh dari minah tu,,kalau dia duk sebelah aku batuk camtu memang aku sound dah,,,bukannya nak berkasar tapi fikirlah tentang orang lain skit..kalau pun dia juz batuk biasa je tapi kan lebih sopan kalau batuk cover skit..cuba lah jadi masyarakat yang prihatin skit..
Susah bila xde kesedaran dalam diri..sepatutnya kita kena lagi prihatin sekarang nie. Yelah,memandangkan H1H1 dah makin serius, ape salahnya kita bersama-sama bertanggungjawab terhadap kesihatan kita dan orang disekeliling kita. Walaupun kita x dapat menghentikan wabak ini serta-merta tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan kadar jangkitan dikalangan masyarakat kita..
Rasanya bukan susah sangat pun nak melakukannya..semuanya terletak atas diri kita nie sama ada prihatin dan bertanggungjawab ke x..ape pun,,sama-samalah berdoa semoga wabak ini dapat diatasi secepat mungkin tambahan kita dah nak sambut bulan Ramadhan x lama lagi..
Tuesday, July 28, 2009
Enaknya kuih-muih Kelantan

Teksturnya yang lembut membuatkan akok sesuai untuk sume golongan..
(atuk & nenek yang xde gigi pun bleh makan..hehe).
Teringat bila time puasa kat kampung, mesti gi beli kuih akok
kat bazar ramadhan. Ramai kawan2 aku dari luar klate suka
kuih nie. Ada sorang kawan aku masa study dulu suka sangat
kuih akok nie..dia orang selangor. Dia cakap sedap
kuih nie..kadang bila gi pasar
pagi kat machang dulu dia slalu cari kuih nie...hehe
Nie lagi satu kuih yang fames dan digemari di kelate......ketupat sotong atau lebih dikenali tupat sotong oleh orang negeri
klate. Sedap sangat ketupat sotong nie,,walaupun agak manis,
tapi sesuai la ngan rasanya yang lemak2 pulut yang disumbat
kedalam sotong tu...masa kecik2 dulu, ma aku selalu buat ketupat
sotong nie sebab kitorang adik beradik memang suka kuih nie,,
Kadang,,dah besar nie pun bila balik kampung mesti suruh ma
buatkan..pandai gak buat tapi air tangan ma lagi sedap,,tapi
masa kecik dulu,,kadang aku makan sotong je pulut aku bagi ayam makan..hehee. Sharing la lebih kurang...
Kuih nie pulak dipanggil kuih gomok yang dibuat daripada beras pulut yang dicampur ngan kelapa muda..x tau la nape dipanggil buah gomok maybe sebab putih cam tepung gomak kot...heheKuih gomok nie pun salah satu kuih nostalgia aku masa kecik2 dulu..hehehe..sampai sekarang pun aku still akan cari kuih nie kat pasar bila balik kampung..ma aku x reti nak buat kuih nie..so, kalau nak makan kena la beli kat kedai...kalau nak tau yang putih yang disalut kat buah gomok tu beras pulut yang dikisar lepas beras pulut digoreng tanpa minyak sampai la kekuningan. Serbuk beras pulut tu membuatkan buah gomok nie lagi sedap..x caye?? Cuba la sendiri nanti...hehee
Rasanya kuih nie ramai yang familiar ek..kat KL nie pun banyak dijual..tapi sepanjang aku duk KL nie (baru nak masuk 2 tahun..hehe) aku x jumpa lagi kuih lompat tikam yang sedap yang rasanya sama cam aku makan kat kelate..tapi ada spupu laki aku kat kampung pandai buat kuih nie..dulu pernah la ma aku buat,,tapi nak buat kuih lompat tikam nie kena la sabar sikit sebab ambik masa yang lama gak la. Kena pastikan tepung betul2 masak kalau x mau kembung perut orang yang makan,,kalau aku makan kuih lompat tikam, aku mesti letak kuah santan tu banyak2 sebab sedap..rasanya yang lemak2 masin dan dicampur ngan manis gula melaka (orang kelate panggil nisan..) memang sedap..
Sape x kenal ngan kuih onde-onde atau dikenali gak ngan buah melaka bagi orang luar kelate. Kuih onde-onde nie ma aku selalu buat time bulan pose kecik2 dulu,,adik beradik ramai kn..nak jimat kenalah buat...lagipun bleh la nak makan banyak2,,hehe. Aku selalu la tolong ma aku gentel onde-onde nie masa kecik dulu...kat KL pun banyak gak jual kuih nie,,ok la rasanya. Masa aku study dulu pun aku pernah la buat kuih onde-onde nie..pastu bagi kat kawan2..bulan puasa buat la amal jariah skit,,,hehe.
Kuih teri mandi a.ka. puteri mandi nie lebih kurang cam kuih onde-onde la cuma bezanya kuih teri mandi nie xde gula melaka

kat dalam juz tepung pulut semata-mata. Kelapa mestilah direbus sampai betul2 masak yang dicampurkan gula melaka dalam kelapa yang direbus tu bagi manis,,,aku x brapa suka sangat kuih teri mandi nie..memang dari kecik lagi aku agak kureng ngan kuih nie..tapi family aku sume suka kuih teri mandi nie..kalau aku makan kuih nie masa kecik2 dulu,,aku akan basuh kelapa yang melekat kat kuih nie dulu, baru aku makan..rasa la manis2 skit..
Dah besar nie pun aku x brapa suka sangat kuih teri mandi nie..ntah la..bukan x sedap cuma aku je x suka sangat.
Aku x sure ramai ke yang tau pasal kuih nie...nie la namanye kuih peria. Tengok kulit dia,,kan cam buah peria skit2..aku suka kuih nie sebab dalam dia ada inti kacang hijau...sedap rasanya. Tapi..rasanya kuih peria nie sama la ngan kuih koci cuma bentuk jelah beza tapi rasa dia sama je...Maybe colornya yang warna-warni tulah yang buat kuih peria nie nampak menarik & sedap. Tapi memang sedap pun...hehee..kalau makan 1 memang x cukup..sedap punyee,,,hahaa..kalau sesape yang x suka kacang hijau maybe bagi diorang x brapa sedap la...ermmm..Laksam nie memang makanan yang sangat famous di kelate. Dibuat
daripada tepung beras. Nampak lebih kurang cam kuetiaw tapi bukan exactly sama la sebab tekstur kuetiaw licin tapi laksam nie lembut je..amat sesuai tuk orang yang x bergigi tau..hehee. Kuah laksam lak santan yang dimasak dan dicampur dengan ikan yang telah dikisar halus. Tak complete kalau makan laksam x bubuh sekali ngan ulam-ulaman cam bunga kantan, kangkung, timun, kacang panjang, daun kesum dan macam2 lagi la ulam-ulaman yang telah dipotong halus-halus. Lagi banyak ulam-ulaman lagi sedap tau..lagi satu benda yang buat laksam nie sedap ialah sambal cili kering yang dicampur ngan belacan..meleleh air liur bila teringat laksam yang ma aku selalu buat kat kampung..hehePendek kata, banyak lagi kuih-muih dan juga makanan kelate yang memang sedap. Kadang nama je pelik tapi rasanya memang sedap..
Monday, July 27, 2009
13 Aurat Wanita
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Friday, July 24, 2009
Sekadar Renungan Bersama

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..
Permainan Zaman Kanak-Kanak

Yelah,,zaman dah berubah...(cam iklan je...) manalah budak2 sekarang nak main ek..sekarang kan zaman IT,,semua dihujung jari je,, Tapi ape pun,,sume permainan zaman kanak2 dulu sentiasa berada dalam memoriku..Dah besar & nak jadi mak budak dah xkan nak main lagi kan..nanti orang cakap aku nie x sedar diri lak..hehe Cukuplah menjadi kenangan yang cukup manis untuk dikenang,,,,
SISTAS' DAY
"Oh Crap, She's up!"
SisterLife is too short to wake up with regrets.
So love the people who treat you right.
Love the ones who don't just because you can.
Believe everything happens for a reason.
If you get a second chance, grab it with both hands.
If it changes your life, let it.
Kiss slowly.
Forgive quickly.
God never said life would be easy.
He just promised it would be worth it.

Be Happy!
Thursday, July 23, 2009
Sebuah Bingkisan Hati


