Monday, August 9, 2010

Kegigihan Sang Rama-rama

Rama-rama, makhluk Allah yang terkenal dengan kecantikan sayapnya yang berwarna -warni yang membuatkan kita terpesona akan keindahannya itu. Aku pun suka sangat pada serangga yang cantik ini. Tersergam indah apabila sayapnya dibuka. Sungguh cantik. hidupnya.

Namun disebalik kecantikan dan kelembutan yang dimilikinya, tersembunyi kegigihan yang sebati dengannya. Kegigihan dalam meneruskan nasib sebelum diri berubah menjadi haiwan yang dipuji-puji kerana kecantikannya.



Daripada seekor beluncas yang boleh membuatkan kita berasa geli-geleman apabila tersentuh dengannya. Beluncas ini akan terus makan daun-daun pokok kerana selepas itu ianya akan berhibernasi dalam bentuk kepompong selama bebarapa ketika. Sebelum ianya bertukar menjadi haiwan yang cantik, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi olehnya lebih-lebih lagi semasa menjadi kepompong. Banyak ancaman dan dugaan yang sentiasa mendatanginya. Ancaman daripada angin yang kuat, hujan lebat malahan juga daripada binatang-binatang lain serta kita sendiri iaitu manusia. Namun, kepompong ini terus bertahan walaupun digasak dengan pelbagai dugaan. Kerana baginya, hanya dengan semangat yang kental sahaja mampu menyelamatkan spesis mereka.

Dan....selepas berhempas-pulas mengharungi cabaran di dalam perjuangan nasibnya antara hidup dan mati, terlahirlah suatu makluk yang begitu cantik ciptaanNya. Itulah kegigihan yang dimiliki oleh Sang Rama-Rama.

Alangkah baiknya jikalau kita manusia, yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan tubuh badan yang sempurna memiliki semangat sekental makhluk Allah yang kerdil ini. Namun kadang-kadang kita sebagai manusia, mudah berputus-asa walaupun hanya diuji dengan ujian yang tidak sebesar manapun. Mudah menyerah kalah sebelum berjuang lagi.

p/s; sama-samalah kita renung untuk memperbaiki diri kita semua. Insyaallah.

Muhasabah Diri

Kadang kala, kita perlu muhasabah diri masing-masing. Tidak perlu untuk menyalahkan sesiapa atas sesuatu yang terjadi. Tidak perlu menuduh seseorang menjadi punca apabila sesuatu musibah berlaku. Dan jangan pula kita suka mengagung-agungkan sesuatu kebajikan yang telah kita lakukan..
Sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan kesilapan. Apabila marah menguasai diri, syaitan mula menjalankan peranannya dalam menyemarakkan lagi api kemarahan. Sehingga membuatkan kita terlupa akan persahabatan dan juga persaudaraan yang telah lama terjalin. Hilang sudah kemesraan yang selama ini tersemai atas nama ikatan persahabatan dan juga ukhuwah sesama islam. Astagfirullah,,betapa tipisnya kesabaran dalam menahan hasutan syaitan laknatullah.
Kemaafan...belajarlah memohon kemaafan walaupun bukan semua kesilapan berpunca daripada diri kita. Tidak jatuh maruah kita andai memohon kemaafan dan semoga dengan kemaafan itu dapat menjernihkan kembali keadaan yang keruh. Amin.