Pagi tadi, saya dikejutkan dengan bunyi sms masuk. Dalam mamai-mamai bukalah mesej tu dan dibaca dengan keadaan separuh mamai la jugak. Rupa-rupanya mesej dari seorang kawan lelaki saya. Mula-mula rasa malas je nak membalas sebab pukul 5.20 pagi dia mesej sebab nak minta pendapat soal cinta! Erk...??
Dan pendapat yang diminta oleh kawan lelaki saya tu tentang perlukah dia melepaskan orang yang dia sayang dan cinta walaupun dia tahu yang si dia sudah ada orang lain dalam hati dia? Saya bukanlah pakar dalam soal cintan-cintun nie. Jadi saya berikan pendapat berdasarkan apa yang saya fikir munasabah dan apa yang pernah saya lakukan. Bagi saya, kawan saya tu perlu lepaskan si dia sebab untuk apa bersama andai di dalam hati si dia, bukanlah kawan saya yang bertahta tapi orang lain. Tak guna untuk memaksa dan juga meneruskan perhubungan tersebut kerana pengakhiran nanti mungkin hanya kelukaan yang akan kawan saya dapat.
Saya katakan kepada kawan saya, andai si dia memang ditakdirkan untuk dia suatu hari nanti pasti dia kembali semula. Sebagai lelaki, kawan saya tak sepatutnya menjadi lemah sampai cakap yang hidup nie bosan betul! Janganlah kerana seorang perempuan ataupun lelaki yang tidak tahu menghargai kesetiaan dan kasih-sayang yang kita berikan, kita menjadi lemah. Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Dan pagi tadi, semasa saya nak pergi kerja, kawan lelaki saya mesej mintak maaf sebab emosional sikit bila mesej awal pagi minta pendapat. Tiada apa yang nak dimaafkan, cuma sebagai lelaki dia tak sepatutnya terlalu emosional walau dalam apa hal sekalipun. Tapi ini cuma pendapat saya yang tidaklah arif sangat dalam hal-hal cinta. Mungkin, jikalau anda yang sudi menjenguk blog saya nie ada pendapat yang lagi munasabah, silalah tinggalkan komen ye. Saya hargai sangat2...
with love..
~Sal~