Bersambung lagi untuk part yang ke2 mutiara kata. Banyak kata-kata yang kurasakan menarik dan dapat memotivasikan kita sedikit sebanyak..so, keep reading! Moga kita mendapat manfaat darinya.
Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi, kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.
Untuk mencapai cita-cita yang diidamkan, anda harus ada kemahuan, kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh.
Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemunduran.
Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
Nafsu mengatakan wanita cantik atas rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya.
Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting.
Orang yang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.
Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan ataupun kekurangan.
Bukti cinta yang terbaik adalah kepercayaan.
p/s; Sabda Rasulullah s.a.w, 'sampaikanlah walaupun sepotong ayat'.