Thursday, August 20, 2009

Peliknya perangai...

Camne nak mula cerita nie...pagi tadi masa aku tengah wat keje sambil2 check email, tiba2 masuk la mesej kat ym aku. Mesej dari email yang aku dah delete..pas dia introduce diri dia sekali lagi, baru aku teringat kat 'orang tua' nie..dia cakap dia auditor masa first chat dulu sebelum aku delete email dia..Memang dari first aku add dia kat ym aku cam x brapa suka sikap dia yang cam berlagak bagus..

Nak dijadikan cerita, dah dia nie nak berlagak je..aku pun balas la ngan ayat yang agak kasar sikit sesuailah ngan sikap dia tu..dia tanya aku, 'u nie memang kasar ke?'. Aku pun cakap la,,'saya berkasar ngan orang yang x tau nak hormatkan orang.' Yang buat aku cam meluat, masa dia mesej kat aku n tanya dia nie sape. Dia cakap, 'email u ada dalam list i..maybe pernah chat'. Then dia tanya, 'u nak i delete ke?'. Aku cakap la, sukati dia la nak delete ke x..tu hak dia..

Tapi..ntah tiba2 dia cakap, 'u nie mesti stupid..Aku pun cakap la kat 'orang tua' nie, 'saya bukan jenis suka berlagak ngan ijazah yang ada'. Pastu dia kutuk lagi, 'eleh, local u je..' Then dia duk sibuk bangga cakap dia nie graduate dari one of London school la..bila aku cakap malas nak layan. Dia cakap aku nie x reti nak argue sebab stupid..Aku malas nak argue ngan orang yang sengal tahap gaban cam dia nie..ingat aku akan teruja bila dia cakap dia nie oversea punya graduate? Tolong la...walaupun aku hanya local u graduate, tapi aku tetap bangga sebab...kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri yang bangga sape lagi yang nak mengangkat martabat universiti kita nie..memang la oversea luar negara lagi bagus tapi kalau la melahirkan 'orang tua' cam aku cerita nie...x yah la dia nak berlagak..

Macam2 perangai manusia nie..bila diberikan Allah sedikit kesenangan, dah mula memperlekehkan orang lain. Memang la kehidupan dia lagi bagus dari aku sekarang tapi tengok la, umur dia pun dah 39 tahun nak dibandingkan ngan umur aku yang baru 25 tahun yang dalam proses memajukan diri..ntah ape2 la,,berlagak bagus n pandai sangat tapi kurang bijak dalam membuat penilaian..Peliknya perangai....

No comments:

Post a Comment