Friday, September 30, 2011

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya kepada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?Ermm..baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye..mungkin kamu akan dapat jawapannya.

Pelajar: Baiklah. Apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Baiklah. Saya pergi sekarang dan buat seperti yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut kembali semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu itu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh kamu petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.Kita patut hargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlalu. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah, orang yang kita sayang itulah yang kita jumpa PALING cantik dan PALING baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. 

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, jadi terimalah pasangan kita sebagaimana dirinya seadanya dan saling melengkapi kekurangan dan kelemahan masing-masing dalam sesebuah perhubungan. Sesebuah perhubungan terbina berlandaskan tanggungjawab dan juga perasaan untuk melengkapi satu sama lain dan bukanlah untuk keseronokan semata-mata. Wassalam.


with love
~Sal~

Friday, September 23, 2011

Senyumlah...

Senyumlah walaupun didalam hati kita menangis. Walau apa pun yang terjadi, tabahkan hati untuk menghadapi segala-galanya. Dengan senyuman akan memberikan kita kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini.

Segala yang berlaku semalam biarkan berlalu. Anggaplah ia suatu kenangan yang indah walaupun tidak semua yang berlaku itu manis. Senyumlah selalu semoga hari-hari yang mendatang akan membawa sinar kebahagiaan.

p/s; enjoy this VC, hargailah hidup kita.Walau apa pun masalah yang dihadapi, janganlah sampai menganiaya diri sendiri.



with love
~Sal~

Thursday, September 22, 2011

Bersedia Menghadapi Cabaran

Selagi kita bergelar manusia dan selagi jantung kita bedegup, kita takkan sunyi daripada cabaran dan juga dugaan dalam hidup ini. Apa yang termampu kita lakukan hanyalah, sentiasa bersedia dan juga tenang untuk menghadapinya.

Bersedia untuk menangkis dan juga menyelesaikan tiap cabaran dan juga dugaan mendatang. Kadang-kala, cabaran dan dugaan itulah yang menjadikan diri kita lebih matang. Hidup ini adakalanya seperti sekeping kaca. Mudah pecah andai tidak dijaga dengan elok. Begitu juga dengan hidup kita, jika tiada kesabaran dan juga sifat rasional dalam menghadapi sesuatu cabaran, pasti hidup kita akan hancur.

Apa pun yang akan berlaku, ingatlah yang Allah s.w.t akan sentiasa ada untuk hamba-hambaNya walaupun hamba-hambaNya kadang-kala sering melupakanNya.

with love,
~Sal~


Thursday, September 15, 2011

Hati-hati Memberi Hati??

Masa tengah buat kerja tadi sambil jenguk 'facebook' kawan, saya terpandang satu quote yang di 'copy' & 'paste' oleh seorang kawan. Okeylah, saya copy semula la quote tersebut..

"Pesan pada DIRI, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi, pada insan yang tak mengerti..kerana sekali kita memberi, selamanya dia diHATI. Sekali kita dilukai, sampai bila-bila tetap kita ingati. Pesan lagi pada DIRI, hati-hatilah memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI. HATI dan PERASAAN ini hanya untuk insan yang MENYINTAI dan MENYAYANGI DIRI kita SEIKHLAS HATI."

Betul kan? sekali hati dilukai, sampai bila-bila akan diingati. Mungkin lukanya akan sembuh tapi parut yang tinggal tak mungkin hilang. Terkadang pelik dengan sikap sesetengah orang, punyalah cakap, sayang macam sayang diri sendiri tapi hakikatnya kata-kata hanya setakat dibibir bukan betul-betul dimaksudkan.

Just sebagai pesanan, janganlah kita suka mempermainkan perasaan orang lain. Kita tak tahu macam mana kecewanya orang dengan perbuatan kita. Kalau tak sayang, jangan mudah berkata sayang. Sayang dan cinta bukan untuk dijadikan mainan serta gurauan.


With Love..
~Sal~