Monday, June 27, 2011

Bersih Ke?

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.
Rasanya ramai yang sudah tahu tentang apa 'event' hangat yang akan dijalankan pada 9hb Julai 2011 nanti. Apa lagi kalau bukan Perhimpunan Bersih. Aku memang tidak suka dengan demonstrasi-demonstrasi yang boleh menghuru-harakan negara. Membantah bukan bermaksud aku menyokong mana-mana pihak tapi tidak suka dengan kekacauan yang akan timbul kelak. Kenapa aku tidak suka demonstrasi-demonstrasi jalanan ini, antara sebab-sebabnya seperti;
  1. Menyebabkan kesesakan lalu lintas.
  2. Menyusahkan orang awam yang lain untuk ke tempat lain yang memerlukan mereka melalui jalan yang demontrasi berlaku.
  3. Menyusahkan para peniaga mencari rezeki di kawasan berkenaan.
  4. Membazir masa sahaja.
Itu sebahagian daripada sebab-sebabnya dan yang paling penting sekali bagi pandanganku ialah keamanan. Kenapa kita perlu mempertaruhkan keamanan dan juga kemakmuran yang telah kita peroleh dengan mengadakan demonstrasi seperti berikut? Cuba kita lihat dan renungkan kesan yang berlaku kepada negara-negara lain yang selalu mengadakan demonstrasi-demonstrasi terhadap kerajaan? Negara Libya contohnya dalam usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan mereka menyebabkan negara mereka bergolak dan sekaligus mengakibatkan kuasa luar mengambil kesempatan terhadap pergolakan yang berlaku itu.

Kenapa kita selalu menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur? Bukan ke kita membesar dengan bantuan dan juga usaha-usaha kerajaan sejak dari dulu lagi? Dan kenapa kita mahu melupakan jasa-jasa kerajaan dengan mengadakan bantahan yang sepeti itu?  Kenapa hanya keburukan yang dilihat? Tidak nampakkah kita akan semua kebaikan dan juga usaha-usaha yang kerajaan yang lain dalam memajukan dan juga memakmurkan negara kita Malaysia ini? Mengapa demonstrasi seperti itu yang dibalas kepada orang yang banyak berjasa sejak kecil sampai kita dewasa ini.

Kenapa kita perlu mencemarkan negara kita yang tercinta ini dengan mengadakan demonstrasi jalanan tersebut. Janganlah nanti disebabkan sikap yang melulu tanpa berfikir panjang sesetengah pihak yang selalu tidak berpuas hati dengan kerajaan akan menjatuhkan nilai negara di mata pelancong-pelancong asing yang bertambah dari sehari ke sehari datang untuk menikmati keindahan dan juga kemakmuran Malaysia.

Janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang akan timbul nanti terhadap orang awam yang lain. Mampu ke pihak yang menganjurkan demontrasi tersebut  menjamin tidak akan berlaku huru-hara ataupun kekacauan? Tidak mustahil akan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat huru-hara dan juga memecah-belahkan masyarakat kita nanti. Dalam jumlah yang ramai susah untuk mengawal keadaan supaya tidak timbul huru -hara.

Semoga pihak penganjur dapat membatalkan niat untuk mengadakan Perhimpuan Bersih nanti. Janganlah hanya mencari kesalahan kerajaan sahaja tanpa melihat kebaikan yang telah dilakukan. Kita manusia tidak ada yang sempurna. Janganlah meletakkan keamanan negara sebagai galang-ganti. Renung-renungkan.

P/S~Peace no War.

With Love
~Sal~