Wednesday, April 18, 2012

JOHARA Pagi Era..So Awesome!


Assalamualaikum & hye all..

Sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog  ini yang rasanya dah hampir-hampir bersawang. I quess...hehe. Nasib baik tak nampak ek..kalau boleh nampak camne bersawang, alamaknya takde sape pun yang nak singgah dan baca kan? Ek...tapi ada ke orang yang datang singgah blog saya nie ek? Err...ada kot sikit-sikit..hehe..

Kalau dulu bila masuk kereta je nak pergi kerja pagi-pagi mesti nak dengar Hot fm tapi semenjak dua menjak nie habit sudah beralih..saya sudah berubah hati. Hehe...tapi jangan salah faham pulak. Berubah hati dekat sini ialah saya telah berubah hati daripada mendengar Hot fm kepada Era fm! xoxoxo...

Sebenarnya, sudah agak lama saya tidak mendengar Era fm. Rasanya lepas arwah Din Beramboi meninggal dunia saya agak jarang mendengar Era fm. Kalau dulu saya suka dengar Era fm sebab celoteh Pak Nil dan arwah Din Beramboi membuatkan saya tidak kering gusi. Sambil buat kerja pagi-pagi lepas tu layan pulak celoteh mereka berdua, sangat menghiburkan.

Dan sekarang, selepas sekian lama Era fm hilang 'kick' pada pandangan saya, kehadiran 3 orang jejaka hensem iaitu Johan, Hanif & Ray a.k.a JOHARA kembali meriuhkan pagi saya.  Apa tidaknya, bila on je radio sudah tergelak dengar suara-suara mereka bertiga yang kecoh dan juga lawak especially Johan. Mendengar gelaknya saja sudah membuatkan saya ketawa gelihati. Itu belum lagi dengar celoteh daripada mereka yang sentiasa tidak kering idea untuk membuatkan pendengar mereka ketawa.

Lihat sajalah gelagat mereka bertiga ini. Memang mereka jenis yang gila-gila. Dan saya baru perasan yang Hanif handsome rupanya. Hahaa...Apa-apa pun enjoy vc sketsa pagi Era bersama JOHARA.


P/S~Peace....enjoy the VC. Hope it will release your stress...^_^

With Love
~Sal~