Kenangan zaman di universiti memang manis. Kadang-kadang tergelak sorang bila ingat balik segala kenangan bersama kawan-kawan baik semasa diploma ataupun ijazah, kedua-duanya memberikan aku kenangan manis yang tersendiri.
Walaupun dibebani dengan pelbagai jenis assignment , tapi sebenarnya assignment itulah yang melengkapkan kehidupan seorang pelajar.
Teringat aku semasa group aku seramai empat orang perlu menyiapkan assignment 'Strategic Management' yang tiap-tiap minggu perlu dibentangkan dihadapan kelas. Kadang sampai bertegang urat jugak sebab tak sependapat dengan idea ataupun jawapan yang diberikan masing-masing. Tapi, melalui assignment dan presentation inilah yang memberikan pelajar keyakinan untuk mengemukakan sesuatu idea ataupun komen jika merasakan jawapanyang diberi kurang bertepatan dengan soalan yang dibincangkan.
Test dan quiz, dua perkara yang memang sinonim bagi seorang pelajar. Kadang-kadang dua tiga test dan quiz dalam seminggu. Sampaikan mata dah bertukar warna kelabu sebab
banyak sangat topik untuk dibaca. Tapi biasalah, bila apa yang keluar hanya secebis yang diingat mulalah kepakaran menggoreng diaplikasikan. Adakalanya, soalan minta simple je tapi jawapan yang diberikan punyalah berjela-jela, terover menggoreng pulak...
banyak sangat topik untuk dibaca. Tapi biasalah, bila apa yang keluar hanya secebis yang diingat mulalah kepakaran menggoreng diaplikasikan. Adakalanya, soalan minta simple je tapi jawapan yang diberikan punyalah berjela-jela, terover menggoreng pulak...Apa tidaknya, dapat memakai sepasang jubah, bertopi dan ditangan tergenggam skrol menandakan kejayaan seorang pelajar menamatkan segala rintangan dan cabaran semasa bergelar mahasiswa ataupun mahasiswi.
Menerima ucapan tahniah daripada keluarga dan juga rakan-rakan makin menambahkan kemanisan sebagai graduan. Haruman jambangan bunga ros yang wangi yang kuterima dulu masih kuingati sampai kini. Manis sangat saat-saat itu. Dan saat-saat manis itu takkan berlaku tanpa pertolongan pensyarah-pensyarah serta guru-guru yang telah bersusah payah menurunkan ilmu mereka kepadaku dan juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih banyak, jasa kalian semua tidak terbalas akan kukenang sampai akhir hayatku..
p/s; Semoga Allah sentiasa memberkati insan-insan mulia ini. Amin.

