Friday, October 29, 2010

Kesiannya...

Semalam, semasa aku sedang menunggu bas Rapid KL yang memang terkenal dengan 'tak tentu masanya' dekat LRT Kelana Jaya, aku disapa oleh seorang makcik yang bertanya aku menunggu bas mana? Aku cakaplah aku tunggu bas U89 Ke Kota Damansara. Makcik tu pun tunggu bas yang sama untuk ke Uptown, Damansara sebab nak pergi ke balai polis buat report pasal anak dia kena tangkap kes dadah.
Daripada riak muka dia nampak gelisah. Mungkin sebab menunggu bas yang lambat sampai ataupun memikirkan pasal anaknya. Makcik tu bercerita sedikit sebanyak tentang dirinya yang tinggal kat PPR Lembah Subang dan tinggal dengan anak lelakinya yang sekian lama sebati dengan dadah! Aku agak terkejut mendengar cerita makcik tu tapi takdelah aku tunjukkan ekspresi terkejut depan dia.
Makcik tu sebenarnya ada 2 orang anak, lelaki dan perempuan. Tapi, yang perempuan diambil oleh bekas suaminya selepas bercerai. Kira adil la sorang satu anak. Anak lelaki makcik tu adalah merupakan anak sulung yang dah berumur 35 tahun. Makcik tu sendiri memberitahu yang anaknya sudah banyak kali kena tangkap polis dan juga selalu melawan cakap dia. Umur makcik tu dalam lingkungan 50an. Kesian...patutnya dalam umur macam tu anak lelakinya lah yang patut menjaga dia tapi sebaliknya pulak. Anak lelakinya juga belum berkahwin. Makcik tu bertanya pada aku, kalau la aku, boleh ke terima lelaki untuk dibuat suami yang dah diketahui seorang penagih dadah? Boleh ke? Aku cakap terus terang kat makcik tu tak mungkin kot. Yelah, kalau ditanya pada sesiapa pun takkan menerima seorang penagih dadah tegar untuk dibuat suami kecualilah jika cinta benar-benar telah membutakan mata seseorang hingga sanggup mengabaikan itu semua.
Dan..makcik tu sendiri mengakui yang dia terlalu memanjakan anak lelakinya dahulu yang mungkin menjadi salah satu sebab anaknya terjerat dengan dadah. Bagiku, bukan salah makcik tu sebab memanjakan anak. Yelah, dah anak sorang tu je yang dia ada selepas anak perempuannya diambil oleh bekas suaminya. Anak lelakinya yang patut disalahkan sebab tidak menghargai kasih sayang yang ibunya berikan dan juga sampai tidak boleh membezakan yang mana baik dan juga yang mana buruk!
Aku tak tahulah nasib makcik tu selepas tu sebab kebetulan bas nak ke Bandar Utama datang pastu aku terus naik bas tu sebab tak mau tunggu bas U89 yang entah bila nak sampai. Aku harap, makcik tu terus tabah dengan ujian hidupnya. Amin.
with love,,,