Thursday, August 27, 2009

H1N1 Lagi...

Aku baru lepas dengar berita tentang perkembangan wabak selesema babi H1N1 dalam radio yang mana ada menyelit langkah-langkah yang patut diambil dalam menghadapi gelombang kedua wabak ini yang dijangka sehingga hujung tahun ini..Antaranya seperti sentiasa menjaga kebersihan serta memakai topeng muka untuk mengelakkan virus dari tersebar..

Walaupun wabak ini dilihat semakin serius tapi masih ramai masyarakat yang memandang remeh tentang hal ini..adalah segelintir yang prihatin dengan memakai topeng muka untuk mengelakkan wabak ini dari terus menular..memang la bila pakai topeng muka tu kita rasa kurang sekesa tapi apa salahnya berkorban sedikit rasa selesa tu demi untuk menangani H1N1 ini dari terus menular..bukan lah memakainya setiap waktu tapi bila berada ditempat yang ramai orang tu masing-masing pakai la..tidak gerun ke bila mendengar ada je kes kematian disebabkan wabak ini dalam berita-berita baik di televisyen or mana-mana media cetak..walaupun nisbah kematian kecil kalau nak dibandingkan dengan purata rakyat Malaysia tapi kalau tiada inisiatif dalam masyarakat kita tidak mustahil kadar kematian akan terus meningkat di masa akan datang...

Cubalah menjadi masyarakat yang prihatin sedikit demi untuk kesejahteraan kita semua jugak. Jangan nanti, wabak ini menjadi terlalu serius baru hendak memulakan keprihatinan..semoga masyarakat kita lebih sedar dalam menghentikan penularan ini....


Khilafnya Diri Ini...


Dalam meniti hari-hari yang mendatang, tanpa kita sedari ada hati yang terluka dengan kita..ada hati yang memendam rasa...tanpa disedari,,,semua ini menjadikan sesebuah perhubungan menjadi renggang. Betapa khilafnya diri ini dalam menjaga hati serta untuk memuaskan diri insan yang berada disekeliling kita agar tidak terguris...Namun kadang-kala, kesabaran teruji dengan insan-insan yang sentiasa mencari kesilapan kita tanpa disedari kesilapan sendiri.....

Sedar betapa diri ini khilaf dalam mentafsir hati budi setiap insan,,,sedaya upaya berusaha untuk memahami bahawa tiada yang sempurna dalam diri kita yang bergelar manusia ini..belajar untuk menerima hakikat bahawa setiap insan mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri..tapi mengapa ada insan yang sentiasa merasa diri sempurna hingga kabur dalam melihat khilaf sendiri..entahlah...susah untuk memuaskan hati setiap insan..selagi diri bergelar insan,,selagi itulah kita akan terus diuji..semoga diri ini kental menghadapi semua ini..

I'm Not Perfect!!