Thursday, August 27, 2009

Khilafnya Diri Ini...


Dalam meniti hari-hari yang mendatang, tanpa kita sedari ada hati yang terluka dengan kita..ada hati yang memendam rasa...tanpa disedari,,,semua ini menjadikan sesebuah perhubungan menjadi renggang. Betapa khilafnya diri ini dalam menjaga hati serta untuk memuaskan diri insan yang berada disekeliling kita agar tidak terguris...Namun kadang-kala, kesabaran teruji dengan insan-insan yang sentiasa mencari kesilapan kita tanpa disedari kesilapan sendiri.....

Sedar betapa diri ini khilaf dalam mentafsir hati budi setiap insan,,,sedaya upaya berusaha untuk memahami bahawa tiada yang sempurna dalam diri kita yang bergelar manusia ini..belajar untuk menerima hakikat bahawa setiap insan mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri..tapi mengapa ada insan yang sentiasa merasa diri sempurna hingga kabur dalam melihat khilaf sendiri..entahlah...susah untuk memuaskan hati setiap insan..selagi diri bergelar insan,,selagi itulah kita akan terus diuji..semoga diri ini kental menghadapi semua ini..

I'm Not Perfect!!


No comments:

Post a Comment