Saturday, August 11, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


The above Raya ads from BERNAS really touched my heart. Its about a journey of two special orphans where they are completing each other. Ahmad becomes Fizi's eyes while Fizi becomes Ahmad's ears. I was crying each time I watched this ads because I'm so lucky I still have my beloved parents and also my other family.

Imagine if we are at their shoes? How we will feel and face it? Can we bear live like them? I'm sure most of us can't even me myself too. 

Just remember, if we think that we are unlucky because of something that not nice happened to us but it is actually a lot of people are suffering more than us outside there. We should be grateful with our life instead of complaining. The less we are complaining the more we will happier.

P/S~ Hope we will more appreciate our life and also our loves one. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

With Love
~Sal~

Friday, August 3, 2012

Syawal Yang Dinanti

Assalamualaikum w.b.t. Dosa tau kalau tak jawab salam..hehee. Sedar tak sedar sudah masuk Ramadhan ke-14 dah kan? Alhamdulillah. Terasa cepat je masa berlalu sekarang...lagi 16 hari kita akan menyambut Syawal.

Kalau dulu masa kecil-kecil mesti excited sangat bila nak raya. Subuh-subuh raya dah bangun. Bukan apa, excited sebab tak sabar nak pergi beraya dan kutip duit raya. Heehe..walaupun dulu-dulu pergi beraya orang bagi 20sen or 50sen sahaja tapi tetap rasa gembira. Bila dikumpul-kumpul dapat banyak la jugak.

Tapi sekarang bila dah dewasa dan bekerja, perasaan excited still ada tapi bukan excited nak kumpul duit raya la ( orang pun dah xnak bagi pun kan) tapi excited sebab nak balik kampung! Bila bekerja di perantauan nie, balik kampung adalah saat-saat yang paling ditunggu dan boleh menggembirakan hati. Lagi excited apabila melihat wajah-wajah gembira ma dan ayah menyambut kepulangan kami. Nie yang buat rasa tak sabar nak balik kampung...^_~.

Juadah yang menjadi kegemaran bila hari raya sudah semestinya Nasi impit + sambal ikan + kuah kacang + rendang ayam. Sangat marvellous la..kalau dulu-dulu masa kecil biasanya Ma akan menyediakan juadah yang memang wajib setiap tahun. Tapi sejak beberapa tahun nie my only one sister telah mengambil-alih tugas tu. Tapi rasanya tetap sama macam yang Ma buat. ( Ikut resepi Ma memanglah sama...weeee).

Klah ye...sebenarnya cuma nak cakap yang saya begitu excited mahu balik kampung nanti. Hehe..

P/S~ Selamat meneruskan puasa ye...^_^

With Love
~Sal~

Monday, July 23, 2012

~Bintang Kehidupan~


Bintang kehidupan?? Erk....macam tak ada kaitan pun dengan entry yang akan saya tulis nanti? Tapi mungkin juga ada...mungkin kita boleh menjadi bintang dalam kehidupan seseorang ataupun orang-orang disekeliling kita kan..^_^

Apabila kita memandang ke langit di malam hari pasti kita akan memerhatikan pada bintang-bintang yang bertaburan di dada langit. Sesungguhnya kehadirannya membuatkan langit malam kelihatan sangat indah.

Namun bila siang menjelma, kita tidak lagi memikirkan bintang tersebut. Kita lebih menghargai kehadiran Sang Mentari di mana dengan cahayanya dapat menerangi seluruh alam.

Hakikatnya, walaupun siang namun bintang tersebut tetap setia menghiasi dada langit cuma sinarannya terlindung dek kerana sinar Sang Mentari mengatasinya. Dan bila malam mengambil alih masa daripada siang kembali, bintang-bintang itu gembira kerana kehadirannya disedari semula. Pernahkah kita tercari-cari kelibat bintang apabila ianya tidak kelihatan di malam hari? 

Begitulah juga dengan kehidupan kita di atas muka bumi Allah s.w.t ini. Seandainya kita tidak dapat menjadi seperti Sang Mentari yang mana kehadirannya begitu penting bagi semua orang, sekurang-kurangnya kita dapat menjadi seperti bintang-bintang tersebut.

Walaupun kehadirannya cuma disedari dan dihargai pada waktu-waktu tertentu namun ianya dapat membuatkan sesiapa yang memandangnya tersenyum dengan kehadirannya. Semoga kehadirannya yang seketika itu dapat membuatkan insan-insan yang berada di sisinya terhibur dan gembira selalu. ^_^.

P/S~ I wanna be your Star.

With Love
~Salwani~

Friday, July 20, 2012

I love Teaching

Setiap hari kita sentiasa belajar dan belajar. Aspek belajar nie sangat luas begitu juga dengan mengajar. Belajar dan mengajar bukan semata-mata berdasarkan buku teks ataupun bahan ilmiah semata-mata.

Walaupun saya cuma mengajar tuisyen tapi dikira cikgu la jugak kan? Dan bila disebut cikgu secara automatiknya mengajar..ye tak? Hehee...Teringat dulu-dulu masa masih dibangku sekolah dan universiti, my mum mesti akan suruh ambik bahagian perguruan. Alasan yang beliau berikan nanti kerja senang dan gaji pun agak tinggi ditambah lagi banyak kemudahan yang akan dinikmati oleh para guru. Tetapi saya cakap tak minat mengajar kat my mum.

Kalau dulu-dulu time balik kampung bila cuti mid-term, adik bongsu akan minta ajar subjek-subjek yang dia tak berapa pandai dan faham. Adik mesti kena marah sebab dia susah nak faham..kalau ingat2 balik, kesian kat adik. Kalau nak cakap saya garang takdelah garang cuma mungkin tahap kesabaran pada masa tu kurang sedikit. Saya jenis orang yang cepat belajar dan ingat jadi saya expect orang lain pun mesti macam tu jugak jadi saya mudah hilang sabar bila orang susah nak faham. Teruk kan? Tapi dengan adik-adik je jadi kurang sabar sikit, dengan orang luar cuma mengutuk dalam hati jelah...hehee.

Semenjak saya menjinakkan diri dalam bidang tuisyen secara part-timer dari tahun 2010 sampailah sekarang, saya semakin menjadi orang yang penyabar. Saya jenis orang yang sukakan budak-budak. Pusat tuisyen yang saya mengajar terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu paling kecil dalam 3 tahun sampailah umur 17 tahun iaitu peringkat SPM.

Mula-mula dulu memanglah mengajar sebab nak cari side income tapi sekarang ianya lebih kepada untuk menyampaikan ilmu. Kita akan rasa gembira bila ilmu yang kita sampaikan difahami oleh pelajar-pelajar kita. Mengajar tuisyen bukanlah formal seperti mengajar di sekolah. Saya menganggap pelajar-pelajar seperti adik-adik dan juga kawan-kawan saya sendiri. Rasa touching bila ada pelajar saya yang datang bersalam dan cium tangan lepas kelas habis. Rasa macam nak ada anak sendiri je cepat-cepat...hehee

Walaupun mereka ada macam-macam perangai yang kadang-kala agak memeningkan kepala tapi sebenarnya perangai mereka itulah yang menghiburkan saya. Kadang, terubat sedikit stress bila bersama mereka. Ada yang suka sangat buat bising dalam kelas sampaikan penat saya nak melarang mereka supaya tidak mengganggu kelas yang lain. Ada yang suka bercerita dan macam-macam lagi lah.

Apa pun semoga mereka menjadi orang yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.


With Love
~salwani~

Friday, June 29, 2012

Once Upon A Time


Masa kecil dulu, saya sangat suka melihat matahari terbit. Cahayanya yang keemasan sangat menakjubkan. Teringat lagi, pagi-pagi ayah akan menghantar kami tiga beradik (me, my sister & brother) ke sekolah dengan motosikal Honda C70. Maklumlah, dulu-dulu kami agak susah dan tidak mampu untuk membeli kereta. Dan sebagai anak yang paling kecil masa tu, saya telah diletakkan di dalam bakul motosikal. Huhu...

Jarak antara rumah dengan sekolah boleh dikira agak jauh. Jadi, sepanjang perjalanan ke sekolah saya akan memandang ke arah pohon-pohon Rhu ataupun dalam istilah saintifik dikenali sebagai Casuarina tree, yang berada di sepanjang pantai. Walaupun pantai bukanlah dekat sangat tapi still boleh nampak 'bola emas' itu.

Saya akan memandang matahari yang terbit itu sehinggalah ianya terlindung dari pandangan. Dan setiap hari saya pasti akan memandang matahari terbit tanpa jemu kerana saya merasakan sesuatu yang tenang apabila melihat cahayanya. Sungguh indah alam ciptaan Allah kepada hamba-Nya untuk dinikmati.

p/s~ sekadar bingkisan secebis memori...

With Love
~Sal~

Wednesday, June 27, 2012

Teruskan Melangkah


" Dalam perjalanan meniti kehidupan,
pelbagai ragam yang kita lalui...
pelbagai jenis manusia kita kenali...
dan pelbagai cabaran dan dugaan kita tempuhi...

Namun, jangan sesekali menyerah kalah dengan kepahitan
yang harus ditempuhi kerana
di penghujung kepahitan akan menjelma kemanisan.

Jangan pernah berputus asa
untuk meneruskan perjalanan hidup
walaupun pelbagai duri merintang
kadang-kala begitu menyakitkan.

Sabar dan tabah akan menjadi kunci
kepada kebahagiaan
di penghujung perjalanan nanti..
Insyaallah."


With Love
~Sal~

Monday, June 11, 2012

Bukit Tinggi


Cantik bukan design bangunan nie? I'm really admire this building...looks so English! hehehe..yes, bangunan nie memang bercirikan English pun actually. Nie salah satu daya tarikan yang terdapat di Bukit Tinggi, Pahang. Tidak jauh pun masa yang diambil dari Kuala Lumpur ke tempat nie dalam sejam lebih je..dah 2 kali pergi ke Bukit Tinggi tapi still rasa nak pergi lagi. Walaupun Bukit Tinggi takdelah sesejuk Genting Highlands ataupun Cameron Highlands tapi saya lebih suka Bukit tinggi sebab suasananya yang sangat mendamaikan.


Kadang-kadang bila perasaan jadi bercelaru dan berada dalam dilema, rasa macam mau je hidupkan enjin kereta ke tempat ini sorang diri untuk tenangkan perasaan. Lagi baik mendengar dan menikmati keindahan alam daripada memikirkan perkara yang boleh menyesakkan fikiran.


I miss this fountain because I got threw a coin inside it and make a wish. But It's just for a fun and the wish that I make also forgotten already. Hehe.....






One fine day, surely I will go again. Insyaallah....^_^


With Love
~Salwani~