Agak sibuk sikit kebelakangan nie...hujung bulan nie kena closing akaun sebab nak audit so kena siapkan sume dokumen-dokumen yang seantero untuk dihantar ke Audit Firm. So, sekarang nie tengah berusaha melengkapkan akaun-akaun. Agak kepenatan juga sebab lepas habis kerja, pukul 8 malam tergesa-gesa nak ke pusat tuisyen pulak. Biasalah,,dah sape suruh buat dua kerja kan...Redha jelah.. Tapi aku tak pernah menyesal pun buat dua kerja..lagipun balik rumah awalnya tak ada benda sangat pun nak dibuat. Sekurang-kurangnya, boleh la jugak menjana ekonomi tambahan untukku membeli apa-apa yang patut dan juga menyimpan seringgit dua.. Bagiku,,tekad perlu ada kalau nak buat kerja part time nie..yelah,,kadang ada sesetengah orang malas nak buat sebab dah rasa penat kerja 9-5 so lepas kerjalah masa untuk merehat-rehatkan badan dan juga berkumpul dengan keluarga. Bagi yang dah berkeluarga mungkin part time nie x sesuai sangat sebab yelah, bila masa lak nak bergurau senda dengan isteri dan anak-anak kalau lepas kerja terus pergi kerja lain pulak. Oleh kerana statusku yang masih lagi anak dara so aku fikir kenapa tidak aku buat part time kat pusat tuisyen. Lagipun, takde lah lama sangat pun mengajar cuma 1 jam 1/2 je dan aku hanya buat malam isnin sampai malam rabu je..so,,takdelah penat sangat pun..sampai sekarang Alhamdulillah aku masih boleh bertahan lagi. Lagipun,,dapat pahala apa memberikan ilmu kepada orang lain. Lagi satu yang aku suka bila mengajar sebab macam-macam perangai student-student aku nie..biasalah,,budak-budak lagi so macam-macam ragam la kan..
Time almost finish to update my blog,,I need to continue my works..salam ramadhan..
p/s; live in peacefully to get Allah Bless...
Selembut Bayu Yang Bertiup, Semerdu Angin Yang Berbisik, Semoga Cinta Tetap Bersemi Di Hati Setiap Insan...
Tuesday, August 24, 2010
Monday, August 9, 2010
Kegigihan Sang Rama-rama
Rama-rama, makhluk Allah yang terkenal dengan kecantikan sayapnya yang berwarna -warni yang membuatkan kita terpesona akan keindahannya itu. Aku pun suka sangat pada serangga yang cantik ini. Tersergam indah apabila sayapnya dibuka. Sungguh cantik. hidupnya.
Namun disebalik kecantikan dan kelembutan yang dimilikinya, tersembunyi kegigihan yang sebati dengannya. Kegigihan dalam meneruskan nasib sebelum diri berubah menjadi haiwan yang dipuji-puji kerana kecantikannya.

Daripada seekor beluncas yang boleh membuatkan kita berasa geli-geleman apabila tersentuh dengannya. Beluncas ini akan terus makan daun-daun pokok kerana selepas itu ianya akan berhibernasi dalam bentuk kepompong selama bebarapa ketika. Sebelum ianya bertukar menjadi haiwan yang cantik, pelbagai rintangan terpaksa dihadapi olehnya lebih-lebih lagi semasa menjadi kepompong. Banyak ancaman dan dugaan yang sentiasa mendatanginya. Ancaman daripada angin yang kuat, hujan lebat malahan juga daripada binatang-binatang lain serta kita sendiri iaitu manusia. Namun, kepompong ini terus bertahan walaupun digasak dengan pelbagai dugaan. Kerana baginya, hanya dengan semangat yang kental sahaja mampu menyelamatkan spesis mereka.

Dan....selepas berhempas-pulas mengharungi cabaran di dalam perjuangan nasibnya antara hidup dan mati, terlahirlah suatu makluk yang begitu cantik ciptaanNya. Itulah kegigihan yang dimiliki oleh Sang Rama-Rama.
Alangkah baiknya jikalau kita manusia, yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan tubuh badan yang sempurna memiliki semangat sekental makhluk Allah yang kerdil ini. Namun kadang-kadang kita sebagai manusia, mudah berputus-asa walaupun hanya diuji dengan ujian yang tidak sebesar manapun. Mudah menyerah kalah sebelum berjuang lagi.
p/s; sama-samalah kita renung untuk memperbaiki diri kita semua. Insyaallah.
Muhasabah Diri
Kadang kala, kita perlu muhasabah diri masing-masing. Tidak perlu untuk menyalahkan sesiapa atas sesuatu yang terjadi. Tidak perlu menuduh seseorang menjadi punca apabila sesuatu musibah berlaku. Dan jangan pula kita suka mengagung-agungkan sesuatu kebajikan yang telah kita lakukan..
Sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan kesilapan. Apabila marah menguasai diri, syaitan mula menjalankan peranannya dalam menyemarakkan lagi api kemarahan. Sehingga membuatkan kita terlupa akan persahabatan dan juga persaudaraan yang telah lama terjalin. Hilang sudah kemesraan yang selama ini tersemai atas nama ikatan persahabatan dan juga ukhuwah sesama islam. Astagfirullah,,betapa tipisnya kesabaran dalam menahan hasutan syaitan laknatullah.
Kemaafan...belajarlah memohon kemaafan walaupun bukan semua kesilapan berpunca daripada diri kita. Tidak jatuh maruah kita andai memohon kemaafan dan semoga dengan kemaafan itu dapat menjernihkan kembali keadaan yang keruh. Amin.
Thursday, August 5, 2010
Perempuan Tua ke Perempuan Muda?
Apabila melihat gambar di atas, apakah yang terlintas dan ternampak pada pandangan mata kita? Adakah rupa seorang perempuan tua atau rupa seorang jelitawan muda? Ataupun rupa kedua-duanya sekali iaitu perempuan tua dan juga perempuan muda sekaligus?. Sebenarnya, semua yang kita lihat sama ada melihat perempuan tua, perempuan muda ataupun kedua-duanya sekali semuanya betul. Ini adalah pandangan kita sendiri kerana setiap orang melihat sesuatu benda dari perspektif yang berbeza. Aku simpulkannya kepada tiga teori iaitu;-
1. Pandangan positif - melihat perempuan muda sahaja.
2. Pandangan negatif - melihat perempuan tua sahaja.
3. Pandangan seimbang - melihat perempuan tua dan muda sekaligus.
Pandangan positif sememangnya bagus kerana kita melihat sesuatu benda hanya dari sudut yang positif sahaja tanpa ada perasaan yang negatif. Contohnya; Seorang gadis A membantu kawannya gadis B yang pernah membuat aniaya terhadapnya tanpa sedikitpun menyimpan hati terhadap perbuatan gadis B terhadap dirinya dahulu. Cuma, bila kita berfikiran macam nie, orang akan selalu mengambil kesempatan terhadap diri kita.
Pandangan negatif pula amatlah tidak bagus tetapi ada sesetengah hal pandangan negatif ini perlu. Contohnya apabila berhadapan dengan seseorang yang tidak dikenali. Tetapi, dalam keadaan biasa,pandangan negatif nie menjadi tidak bagus apabila ianya boleh membuatkan seseorang yang berfikiran begini sentiasa merendah-rendahkan kemampuan orang lain. Contohnya; gadis A dan gadis B berkawan baik. Suatu hari, gadis A berkongsi hasratnya untuk memulakan bisnes menjual selendang secara online kepada gadis B. Gadis B pun memberikan pandangan negatifnya seperti bisnes seperti itu tidak akan ke mana pun lah. Boleh ke kau buat bisnes online lah dan macam-macam pandangan yang boleh mematikan hasrat gadis A.
Pandangan seimbang pula berlainan daripada kedua-dua pandangan di atas.Ianya gabungan antara pandangan positif dan juga pandangan negatif. Melalui pandangan ini kita akan jadi lebih rasional dalam melihat sesuatu benda. Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi mengandungi kedua-dua elemen ini iaitu positif dan negatif. Contohnya; Seorang gadis berkenalan dengan seorang pemuda. Elemen positif terjadi apabila gadis itu menyambut huluran perkenalan daripada pemuda itu. Manakala elemen negatif pula, gadis tersebut tidak terburu-buru untuk menerima pelawaan lelaki itu untuk keluar makan pada kali pertama berkenalan.
Kesimpulannya, apapun ianya terletak pada diri kita sendiri. Cara pemikiran setiap orang adalah berbeza-beza. Kadang-kadang, cara hidup kita juga mempengaruhi pemikiran kita.Cuma, kita perlu lebih peka akan perasaan orang disekeliling kita supaya tiada hati yang akan terguris.
Subscribe to:
Comments (Atom)