
Dah lama aku kenal sorang kawan aku nie...kami bermula dari salah nombor..masa tu aku tengah wat diploma kat uitm dan dia diploma kat kutkm skarang dah jadi utem..dia nie jenis ikut mood dia je.
Kadang ada la gak terasa hati ngan perangai laki cam dia nie,,tapi kami still berkawan sampailah aku abis degree..kami pernah rapat lebih dari kawan tapi ntah di mana silapnye hubungan tu senyap camtu je..Aku ke yang bersalah? Kadang terlintas persoalan tu bila aku fikirkan balik..tp mungkin tandanya tiada jodoh antara aku dan dia,,
Aku dan dia still berkawan walaupun aku dah couple ngan orang lain..sama cam hubungan aku ngn dia gak, aku ngan pakwe aku pun putus camtu gak,,Kenapa disaat aku merasakan ex- pakwe aku tu adalah jodoh untukku hubungan kami terputus,,tapi bila aku fikir balik mungkin ada hikmah di atas semua yang ditentukan oleh Allah nie. ..dan aku ngan kawan aku terus berkawan cuma kami jarang berjumpa. Sejak kami berkawan dari tahun 2004 sampailah sekarang, baru 2 kali kami berjumpa,,entah lah..walaupun jarak antara kami bukanlah jauh sebab aku kat damansara dan dia kat puchong tapi
tak pernah jumpa. Pernah gak kadang bergurau nak ajak tengok wayang bersama tapi lepas tu semuanya senyap camtu je...semalam, aku telah memutuskan persahabatan kami..ada gak terdetik dihati rasa bersalah kerana memutuskan silaturrahim tapi kalau itu yang terbaik..biarlah.
Semoga suatu hari nanti sikap dia akan berubah sikit supaya lebih memahami sensitivi hati seorang perempuan....kepada kaum lelaki diluar sana, cuba la jadi lelaki yang sensitif dengan perasaan perempuan yang memang halus jiwanya. Bukan hanya perempuan sahaja yang perlu memahami hati lelaki tapi lelaki pun harus melakukan hal yang sama jugak supaya masing-masing lebih menghargai sesebuah perhubungan itu,,,,
congratz on ur 'first baby' heheh.finally ada blog jgak ye..hmm,entry tu mcm kukenal je watak lelakinya.hehehe...mamat yg fifi kacau tu ke?hehehe
ReplyDeleteHahaha....no komen...
ReplyDelete