Friday, June 29, 2012

Once Upon A Time


Masa kecil dulu, saya sangat suka melihat matahari terbit. Cahayanya yang keemasan sangat menakjubkan. Teringat lagi, pagi-pagi ayah akan menghantar kami tiga beradik (me, my sister & brother) ke sekolah dengan motosikal Honda C70. Maklumlah, dulu-dulu kami agak susah dan tidak mampu untuk membeli kereta. Dan sebagai anak yang paling kecil masa tu, saya telah diletakkan di dalam bakul motosikal. Huhu...

Jarak antara rumah dengan sekolah boleh dikira agak jauh. Jadi, sepanjang perjalanan ke sekolah saya akan memandang ke arah pohon-pohon Rhu ataupun dalam istilah saintifik dikenali sebagai Casuarina tree, yang berada di sepanjang pantai. Walaupun pantai bukanlah dekat sangat tapi still boleh nampak 'bola emas' itu.

Saya akan memandang matahari yang terbit itu sehinggalah ianya terlindung dari pandangan. Dan setiap hari saya pasti akan memandang matahari terbit tanpa jemu kerana saya merasakan sesuatu yang tenang apabila melihat cahayanya. Sungguh indah alam ciptaan Allah kepada hamba-Nya untuk dinikmati.

p/s~ sekadar bingkisan secebis memori...

With Love
~Sal~

Wednesday, June 27, 2012

Teruskan Melangkah


" Dalam perjalanan meniti kehidupan,
pelbagai ragam yang kita lalui...
pelbagai jenis manusia kita kenali...
dan pelbagai cabaran dan dugaan kita tempuhi...

Namun, jangan sesekali menyerah kalah dengan kepahitan
yang harus ditempuhi kerana
di penghujung kepahitan akan menjelma kemanisan.

Jangan pernah berputus asa
untuk meneruskan perjalanan hidup
walaupun pelbagai duri merintang
kadang-kala begitu menyakitkan.

Sabar dan tabah akan menjadi kunci
kepada kebahagiaan
di penghujung perjalanan nanti..
Insyaallah."


With Love
~Sal~

Monday, June 11, 2012

Bukit Tinggi


Cantik bukan design bangunan nie? I'm really admire this building...looks so English! hehehe..yes, bangunan nie memang bercirikan English pun actually. Nie salah satu daya tarikan yang terdapat di Bukit Tinggi, Pahang. Tidak jauh pun masa yang diambil dari Kuala Lumpur ke tempat nie dalam sejam lebih je..dah 2 kali pergi ke Bukit Tinggi tapi still rasa nak pergi lagi. Walaupun Bukit Tinggi takdelah sesejuk Genting Highlands ataupun Cameron Highlands tapi saya lebih suka Bukit tinggi sebab suasananya yang sangat mendamaikan.


Kadang-kadang bila perasaan jadi bercelaru dan berada dalam dilema, rasa macam mau je hidupkan enjin kereta ke tempat ini sorang diri untuk tenangkan perasaan. Lagi baik mendengar dan menikmati keindahan alam daripada memikirkan perkara yang boleh menyesakkan fikiran.


I miss this fountain because I got threw a coin inside it and make a wish. But It's just for a fun and the wish that I make also forgotten already. Hehe.....






One fine day, surely I will go again. Insyaallah....^_^


With Love
~Salwani~

Wednesday, June 6, 2012

Aktiviti di Kampung @ Tok Bali

Minggu lepas saya bersama adik-beradik beserta ipar-duai balik ke kampung yang jaraknya 400++ kilometer. Betapa jauhnya perjalanan yang kami tempuhi untuk sampai ke kampung halaman yang tercinta iaitu Tok Bali. Glamer gitu nama kampung, iras2 Bali di Indonesia..hehehe.

Aktiviti kami adik beradik especially yang perempuan iaitu saya, kakak, kakak ipar dan adik-adik perempuan tidak sah kalau tidak makan-makan. Selalunya makanlah aktiviti utama kami apabila di kampung. Wahahaa...Ini antara aktiviti makan-makan kami yang sempat disnap menggunakan kamera handphone yang kurang bermutu tinggi...hehee



Petang kami sampai di kampung, kami telah menjalankan aktiviti mencari benda alah ini yang dikenali sebagai "Lokan". Kat negeri lain tak taulah kot panggil nama lain.  Namun, pencarian kami tak kesampaian sebab kat tempat yang biasa kami cari masa kami kecil2 dahulu telah mengalami kepupusan. Nasib baik ada backup tempat lain maka dapatlah hasil seperti gambar di atas. Weeee..

Check it out lagi gambar cute "Lokan"...errr...cute ke? ^_*


~Ini merupakan tangan yang menulis cerita ini..hehe~


~My big brother berposing dengan hasil carian beliau~


~My bro in-law, orang yang mengidam nak makan lokan..muka bangga dengan hasil penat lelah~



Selalunya kami lebih suka bakar "Lokan" ataupun tiram yang kami cari di sungai belakang rumah. "Lokan" biasanya akan berasa sedikit bau lumpur. Jadi, sebelum dibakar ataupun dimasak dengan cara yang lain juga, rendam "Lokan" tersebut terlebih dahulu di dalam air paip supaya lumpur keluar. Jadi bila makan takdelah terasa sangat bau lumpur.


~Lokan yang dah terbuka cengkerang menandakan sedia untuk dimakan~

Next aktiviti yang wajib kami lakukan apabila di kampung iaitu....makan 'colek mangga'. Lagi nikmat sebab mangga tak payah nak dibeli cuma petik je...hehe.



Mangga kat atas ialah mangga epal tapi mungkin kekurangan kromosom bentuknya tidak bulat seperti mangga epal yang lain. Mangga epal muda dicicah dengan cuka+belacan+cili api. Kecur air liur....mungkin ada yang pelik tengok. Dah la mangga masam lepas tu cicah pulak dengan cuka yang masam, macam shengal je kan? Hehe...tapi sedappp..^_^. Tengok-tengoklah ye...kalau rasa teringin, pergilah berjumpa Puan Khasimah kat Kg Tok Bali minta mangga nie ye..


~Demo memotong mangga oleh yang menulis cerita~




~Kaki asam+masam tengah mengadap mangga-mangga masam...~

Well, ini cuma part of our 'makan-makan aktiviti'. Banyak lagi yang tak sempat disnap. Kami agak beruntung walaupun kuat makan tapi badan tak besar-besar. Mungkin saya yang sedikit berisi antara adik-beradik. Huhu...

p/s~we love eating...^_^


With Love
~Sal~