Tuesday, July 28, 2009

Enaknya kuih-muih Kelantan


Erm...sedapnya kuih akok nie..
Nie la kuih yang paling aku suka nak2 time bulan puasa.
Teksturnya yang lembut membuatkan akok sesuai untuk sume golongan..
(atuk & nenek yang xde gigi pun bleh makan..hehe).
Teringat bila time puasa kat kampung, mesti gi beli kuih akok
kat bazar ramadhan. Ramai kawan2 aku dari luar klate suka
kuih nie. Ada sorang kawan aku masa study dulu suka sangat
kuih akok nie..dia orang selangor. Dia cakap sedap
kuih nie..kadang bila gi pasar
pagi kat machang dulu dia slalu cari kuih nie...hehe



Nie lagi satu kuih yang fames dan digemari di kelate......
ketupat sotong atau lebih dikenali tupat sotong oleh orang negeri
klate. Sedap sangat ketupat sotong nie,,walaupun agak manis,
tapi sesuai la ngan rasanya yang lemak2 pulut yang disumbat
kedalam sotong tu...masa kecik2 dulu, ma aku selalu buat ketupat
sotong nie sebab kitorang adik beradik memang suka kuih nie,,
Kadang,,dah besar nie pun bila balik kampung mesti suruh ma
buatkan..pandai gak buat tapi air tangan ma lagi sedap,,tapi
masa kecik dulu,,kadang aku makan sotong je pulut aku bagi ayam makan..hehee. Sharing la lebih kurang...

Kuih nie pulak dipanggil kuih gomok yang dibuat daripada beras pulut yang dicampur ngan kelapa muda..x tau la nape dipanggil buah gomok maybe sebab putih cam tepung gomak kot...hehe
Kuih gomok nie pun salah satu kuih nostalgia aku masa kecik2 dulu..hehehe..sampai sekarang pun aku still akan cari kuih nie kat pasar bila balik kampung..ma aku x reti nak buat kuih nie..so, kalau nak makan kena la beli kat kedai...kalau nak tau yang putih yang disalut kat buah gomok tu beras pulut yang dikisar lepas beras pulut digoreng tanpa minyak sampai la kekuningan. Serbuk beras pulut tu membuatkan buah gomok nie lagi sedap..x caye?? Cuba la sendiri nanti...hehee

Rasanya kuih nie ramai yang familiar ek..kat KL nie pun banyak dijual..tapi sepanjang aku duk KL nie (baru nak masuk 2 tahun..hehe) aku x jumpa lagi kuih lompat tikam yang sedap yang rasanya sama cam aku makan kat kelate..tapi ada spupu laki aku kat kampung pandai buat kuih nie..dulu pernah la ma aku buat,,tapi nak buat kuih lompat tikam nie kena la sabar sikit sebab ambik masa yang lama gak la. Kena pastikan tepung betul2 masak kalau x mau kembung perut orang yang makan,,kalau aku makan kuih lompat tikam, aku mesti letak kuah santan tu banyak2 sebab sedap..rasanya yang lemak2 masin dan dicampur ngan manis gula melaka (orang kelate panggil nisan..) memang sedap..

Sape x kenal ngan kuih onde-onde atau dikenali gak ngan buah melaka bagi orang luar kelate. Kuih onde-onde nie ma aku selalu buat time bulan pose kecik2 dulu,,adik beradik ramai kn..nak jimat kenalah buat...lagipun bleh la nak makan banyak2,,hehe. Aku selalu la tolong ma aku gentel onde-onde nie masa kecik dulu...kat KL pun banyak gak jual kuih nie,,ok la rasanya. Masa aku study dulu pun aku pernah la buat kuih onde-onde nie..pastu bagi kat kawan2..bulan puasa buat la amal jariah skit,,,hehe.


Kuih teri mandi a.ka. puteri mandi nie lebih kurang cam kuih onde-onde la cuma bezanya kuih teri mandi nie xde gula melaka
kat dalam juz tepung pulut semata-mata. Kelapa mestilah direbus sampai betul2 masak yang dicampurkan gula melaka dalam kelapa yang direbus tu bagi manis,,,aku x brapa suka sangat kuih teri mandi nie..memang dari kecik lagi aku agak kureng ngan kuih nie..tapi family aku sume suka kuih teri mandi nie..kalau aku makan kuih nie masa kecik2 dulu,,aku akan basuh kelapa yang melekat kat kuih nie dulu, baru aku makan..rasa la manis2 skit..
Dah besar nie pun aku x brapa suka sangat kuih teri mandi nie..ntah la..bukan x sedap cuma aku je x suka sangat.

Aku x sure ramai ke yang tau pasal kuih nie...nie la namanye kuih peria. Tengok kulit dia,,kan cam buah peria skit2..aku suka kuih nie sebab dalam dia ada inti kacang hijau...sedap rasanya. Tapi..rasanya kuih peria nie sama la ngan kuih koci cuma bentuk jelah beza tapi rasa dia sama je...Maybe colornya yang warna-warni tulah yang buat kuih peria nie nampak menarik & sedap. Tapi memang sedap pun...hehee..kalau makan 1 memang x cukup..sedap punyee,,,hahaa..kalau sesape yang x suka kacang hijau maybe bagi diorang x brapa sedap la...ermmm..


Laksam nie memang makanan yang sangat famous di kelate. Dibuat
daripada tepung beras. Nampak lebih kurang cam kuetiaw tapi bukan exactly sama la sebab tekstur kuetiaw licin tapi laksam nie lembut je..amat sesuai tuk orang yang x bergigi tau..hehee. Kuah laksam lak santan yang dimasak dan dicampur dengan ikan yang telah dikisar halus. Tak complete kalau makan laksam x bubuh sekali ngan ulam-ulaman cam bunga kantan, kangkung, timun, kacang panjang, daun kesum dan macam2 lagi la ulam-ulaman yang telah dipotong halus-halus. Lagi banyak ulam-ulaman lagi sedap tau..lagi satu benda yang buat laksam nie sedap ialah sambal cili kering yang dicampur ngan belacan..meleleh air liur bila teringat laksam yang ma aku selalu buat kat kampung..hehe

Pendek kata, banyak lagi kuih-muih dan juga makanan kelate yang memang sedap. Kadang nama je pelik tapi rasanya memang sedap..

Monday, July 27, 2009

13 Aurat Wanita


1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -

Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Friday, July 24, 2009

Sekadar Renungan Bersama


Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.
Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?
Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu?
Melayu: Aik! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?
Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina…….sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….
Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?
Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.
Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?
Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran:
Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga….cina lain tak kacau…dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agarberjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju..

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan: "Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong " (An-Nahl ayat 105) "Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)


Permainan Zaman Kanak-Kanak


Teringat permainan zaman kecik2 dulu..masa skolah rendah dulu2..macam2 permainan aku ngan adik beradik main. X cukup ngan adik-beradik,kawan2 dekat umah pun ajak join skali..Best sangat masa jadi budak2 dulu. Teringat lagi bila main lompat getah,main batu selambut yg juga dikenali sebagai batu seremban (maybe orang seremban yang jadi pengasas permainan nie kot..hehehe),main sorok2,main tutup botol dan juga main blue black (maybe x ramai yang tau)...kiranya mainan blue black nie cam lompat getah la tapi guna tali pastu 2 orang pemain kena pegang bucu tali dan hayun manakala sorang pemain lawan kena lompat camtulah,,yang uniknya setiap hayunan tali kena diiringi dengan nyanyian cam lagu anak kambing patah kaki & banyak lagi yang aku pun x brapa ingat dah,,,huhu. Kalau nak diikutkan banyak lagi permainan masa kecik2 dulu...

Best sangat zaman kanak2 dulu...walaupun hanya mengisi waktu petang ngan permainan camni tapi rasanya lagi bermakna sebab bukan saja bleh merapatkan hubungan adik-beradik tapi juga secara x langsung bleh menambahkan kawan..bila difikir balik & compare ngan budak2 skarang aku rasa better lagi pendekatan camtu..memang la xde technology but pengisian dan input yang kita dapat lebih penting..dulu xdelah sangat masalah sosial cam budak2 skarang nie..juz my opinion.. Tapi bukan masalah sosial yang aku nak cakap,,,hehee...main batu seremban pun one of my feveret masa zaman kecik2 la..kadang siap bawak batu kat umah untuk dimainkan kat skolah(masa cikgu x masuk la...) Siap pilih batu yang lawa2 tu..lawa dari segi kebulatan batu la,besar & kecik batu tu la,,tapi aku suka pilih batu yang sederhana besar kira sesuai ngan tangan aku yang sederhana besar gak la,,,hehe. Ermm,,,kalau tanya budak2 skarang pasal permainan tradisional nie , mesti ramai yang x tau kn.

Yelah,,zaman dah berubah...(cam iklan je...) manalah budak2 sekarang nak main ek..sekarang kan zaman IT,,semua dihujung jari je,, Tapi ape pun,,sume permainan zaman kanak2 dulu sentiasa berada dalam memoriku..Dah besar & nak jadi mak budak dah xkan nak main lagi kan..nanti orang cakap aku nie x sedar diri lak..hehe Cukuplah menjadi kenangan yang cukup manis untuk dikenang,,,,

SISTAS' DAY

Be the kind of woman that when your feet hit the floor each morning the devil says~~

"Oh Crap, She's up!"

Sister
Life is too short to wake up with regrets.
So love the people who treat you right.
Love the ones who don't just because you can.
Believe everything happens for a reason.
If you get a second chance, grab it with both hands.
If it changes your life, let it.
Kiss slowly.
Forgive quickly.
God never said life would be easy.
He just promised it would be worth it.
Happy Sister's Day!

TO MY GIRLFRIENDS!

ATT2230856.jpg

Be Happy!

Thursday, July 23, 2009

Sebuah Bingkisan Hati


Dah lama aku kenal sorang kawan aku nie...kami bermula dari salah nombor..masa tu aku tengah wat diploma kat uitm dan dia diploma kat kutkm skarang dah jadi utem..dia nie jenis ikut mood dia je.
Kadang ada la gak terasa hati ngan perangai laki cam dia nie,,tapi kami still berkawan sampailah aku abis degree..kami pernah rapat lebih dari kawan tapi ntah di mana silapnye hubungan tu senyap camtu je..Aku ke yang bersalah? Kadang terlintas persoalan tu bila aku fikirkan balik..tp mungkin tandanya tiada jodoh antara aku dan dia,,

Aku dan dia still berkawan walaupun aku dah couple ngan orang lain..sama cam hubungan aku ngn dia gak, aku ngan pakwe aku pun putus camtu gak,,Kenapa disaat aku merasakan ex- pakwe aku tu adalah jodoh untukku hubungan kami terputus,,tapi bila aku fikir balik mungkin ada hikmah di atas semua yang ditentukan oleh Allah nie. ..dan aku ngan kawan aku terus berkawan cuma kami jarang berjumpa. Sejak kami berkawan dari tahun 2004 sampailah sekarang, baru 2 kali kami berjumpa,,entah lah..walaupun jarak antara kami bukanlah jauh sebab aku kat damansara dan dia kat puchong tapi
tak pernah jumpa. Pernah gak kadang bergurau nak ajak tengok wayang bersama tapi lepas tu semuanya senyap camtu je...semalam, aku telah memutuskan persahabatan kami..ada gak terdetik dihati rasa bersalah kerana memutuskan silaturrahim tapi kalau itu yang terbaik..biarlah.

Semoga suatu hari nanti sikap dia akan berubah sikit supaya lebih memahami sensitivi hati seorang perempuan....kepada kaum lelaki diluar sana, cuba la jadi lelaki yang sensitif dengan perasaan perempuan yang memang halus jiwanya. Bukan hanya perempuan sahaja yang perlu memahami hati lelaki tapi lelaki pun harus melakukan hal yang sama jugak supaya masing-masing lebih menghargai sesebuah perhubungan itu,,,,