Wednesday, November 30, 2011

Ombak Rindu

Rasanya ramai penggemar filem melayu sudah begitu teruja untuk menonton filem cinta yang diadaptasi dari novel karya Fauziah Ashaari. Yes, Ombak Rindu! Honestly, novel ini adalah novel yang terbaik yang pernah  saya baca. Jalan ceritanya begitu menyentuh hati dan juga mampu membuatkan airmata mengalir.hehe..

Dan semoga filem yang akan ditayangkan esok ,1 Desember 2011 (if I'm not mistaken) juga akan setanding dan sehebat karya asalnya. Biar saya ceritakan sedikit sinopsis cerita Ombak Rindu kepada sesiapa yang belum pernah membaca novel ini. Erm...ada ke?

"Izzah, seorang gadis yatim piatu kerana kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia    akibat kemalangan tinggal dengan bapa saudaranya, Taha. Isteri Taha tidak  menyenangi Izzah malah menuduh Izzah membawa bala dalam keluarganya.

Pada masa yang sama, Pak Cik Taha banyak berhutang akibat judi. Dia sanggup menjual Izzah kepada tauke kelab malam untuk melangsaikan hutangnya. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak merelakannya.

Di situlah Izzah berkenalan dengan Hariz. Hariz sanggup membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab malam itu dan membawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkawin dengan Izzah tetapi dengan syarat segalanya mestilah dirahsiakan.

Namun, kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan iaitu seorang model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah kesudahan hubungan antara Izzah dan Hariz? Akan terbongkarkah rahsia perkahwinan mereka yang selama ini dirahsiakan?"

Teruja tak nak tengok filem Ombak Rindu lepas baca sinopsis? Mesti teruja kan....So, gambar kat bawah nie adalah novel asal Ombak Rindu. Tengok cover dia pun dah rasa romantik..^_^


Apa pun, mari kita beramai-ramai menonton filem nie kat e@curve, Mutiara Damansara. ( My favorite Cinema). Before I end up my entry, just enjoy this sound track from Ombak Rindu film.



With Love
~Sal~