Cubalah menjadi masyarakat yang prihatin sedikit demi untuk kesejahteraan kita semua jugak. Jangan nanti, wabak ini menjadi terlalu serius baru hendak memulakan keprihatinan..semoga masyarakat kita lebih sedar dalam menghentikan penularan ini....
Selembut Bayu Yang Bertiup, Semerdu Angin Yang Berbisik, Semoga Cinta Tetap Bersemi Di Hati Setiap Insan...
Thursday, August 27, 2009
H1N1 Lagi...
Cubalah menjadi masyarakat yang prihatin sedikit demi untuk kesejahteraan kita semua jugak. Jangan nanti, wabak ini menjadi terlalu serius baru hendak memulakan keprihatinan..semoga masyarakat kita lebih sedar dalam menghentikan penularan ini....
Khilafnya Diri Ini...

Sedar betapa diri ini khilaf dalam mentafsir hati budi setiap insan,,,sedaya upaya berusaha untuk memahami bahawa tiada yang sempurna dalam diri kita yang bergelar manusia ini..belajar untuk menerima hakikat bahawa setiap insan mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri..tapi mengapa ada insan yang sentiasa merasa diri sempurna hingga kabur dalam melihat khilaf sendiri..entahlah...susah untuk memuaskan hati setiap insan..selagi diri bergelar insan,,selagi itulah kita akan terus diuji..semoga diri ini kental menghadapi semua ini..
I'm Not Perfect!!
Tuesday, August 25, 2009
Bukan Niat nak Membazir




Thursday, August 20, 2009
Peliknya perangai...
Nak dijadikan cerita, dah dia nie nak berlagak je..aku pun balas la ngan ayat yang agak kasar sikit sesuailah ngan sikap dia tu..dia tanya aku, 'u nie memang kasar ke?'. Aku pun cakap la,,'saya berkasar ngan orang yang x tau nak hormatkan orang.' Yang buat aku cam meluat, masa dia mesej kat aku n tanya dia nie sape. Dia cakap, 'email u ada dalam list i..maybe pernah chat'. Then dia tanya, 'u nak i delete ke?'. Aku cakap la, sukati dia la nak delete ke x..tu hak dia..
Tapi..ntah tiba2 dia cakap, 'u nie mesti stupid..Aku pun cakap la kat 'orang tua' nie, 'saya bukan jenis suka berlagak ngan ijazah yang ada'. Pastu dia kutuk lagi, 'eleh, local u je..' Then dia duk sibuk bangga cakap dia nie graduate dari one of London school la..bila aku cakap malas nak layan. Dia cakap aku nie x reti nak argue sebab stupid..Aku malas nak argue ngan orang yang sengal tahap gaban cam dia nie..ingat aku akan teruja bila dia cakap dia nie oversea punya graduate? Tolong la...walaupun aku hanya local u graduate, tapi aku tetap bangga sebab...kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri yang bangga sape lagi yang nak mengangkat martabat universiti kita nie..memang la oversea luar negara lagi bagus tapi kalau la melahirkan 'orang tua' cam aku cerita nie...x yah la dia nak berlagak..
Macam2 perangai manusia nie..bila diberikan Allah sedikit kesenangan, dah mula memperlekehkan orang lain. Memang la kehidupan dia lagi bagus dari aku sekarang tapi tengok la, umur dia pun dah 39 tahun nak dibandingkan ngan umur aku yang baru 25 tahun yang dalam proses memajukan diri..ntah ape2 la,,berlagak bagus n pandai sangat tapi kurang bijak dalam membuat penilaian..Peliknya perangai....
Thursday, August 13, 2009
Bisakah....

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa
Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…
Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Aku suka lirik lagu nie..begitu mendalam makna yang tersirat disebaliknya..ermm,bisakah orang yang kita benci disayangi kembali? Bisakah orang yang mendustai, kita percaya kembali?
Semua nie terpulang kepada diri masing2 kan..adakalanya, sukar juga untuk menyayangi kembali orang yang telah kita benci dan juga memberi kemaafan kepada dusta yang dilakukan terhadap diri kita. Tapi, semua tu mungkin terpulang kepada tahap kedustaan yang dilakukan.Bagi ku, jika kedustaan itu di tahap yang boleh dimaafkan mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi, amat sukar rasanya untuk menyayangi orang yang telah dibenci..yelah, bukan sewenangnya kita nak membenci seseorang kan..kita membenci seseorang maybe disebabkan kesalahan yang dilakukan membuatkan kita x bleh lagi untuk terus menyayangi dan terus mempercayainya...
Tapi adakalanya sukar untuk kita membenci seseorang walaupun kita ingin membencinya. Adakah ini bermakna kita masih lagi menyayanginya? Entahlah....adakalanya perasaan ini begitu pelik untuk dimengertikan dan difahami..hanya yang mengalami dan merasai saje dapat memahaminya...
Wednesday, August 12, 2009
Ramadhan kembali lagi....

Puasa belum lagi start tapi aku tengok kat supermarket dah start jual baju raya la,,biskut raya & macam2 lagi. Orang kita memang camni ek...dah lumrah kot..Teringat masa keje kat Mydin dulu..aku bahagian ofis kat Mydin HQ Subang..bulan puasa ramai la individu yang buat amal jariah bersedekah kat anak2 yatim..Aku ngan beberapa lagi staff akaun kena turun kat Hyper untuk tolong staff HR beli baju untuk anak2 yatim. Aku pun ikut je dah setiausaha akaun suruh turun bawah. At least bleh la segarkan mata skit, asyik duk mengadap pc je..bleh jadi rabun gak nanti.
Sampai kat Hyper, aku tengok ramai gak anak2 yatim. Umur antara 5 tahun hingga 18 tahun camtulah. Aku pun ambik la sorang budak pompuan untuk tolong dia belikan baju raya. Umur dalam 9 or 10 tahun camtulah. Agak pendiam budaknya,,maybe diorang dah diasuh camtu oleh penjaga mereka yang dipanggil nenek. Sedekah untuk diorang nie datang dari sepasang suami isteri. Budget untuk kelengkapan raya setiap anak yatim dalam RM100. Alhamdulillah,,rezeki diorang. Kesian aku tengok anak2 yatim semua tu nak2 yang masih kecil..Begitu teruja diorang memilih baju raya masing-masing dalam masa yang sama, mereka kelihatan cukup tabah bila aku perhatikan..
Kedatangan Ramadhan sebernarnya membawa rezeki kepada sesetengah orang macam rezeki anak2 yatim yang menerima sedekah dari insan2 yang berhati mulia. Bulan Ramadhan juga membawa rezeki kepada peniaga2 di bazar2 ramadhan..sememangnya kedatangan Ramadhan sering dinantikan oleh insan2 yang merindukan bulan yang penuh keberkataan ini..
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubharak. Semoga dengan kedatangannya kali ini membawa seribu keinsafan kepada kita dan menjadi hamba Allah yang lebih Tawadduk. Insyaallah...
Tuesday, August 11, 2009
H1N1...bila akan berakhir??
Kadang aku tak faham dengan segelintir masyarakat kita nie..tiada kesedaran sivik langsung tentang kesihatan orang yang berada disekeliling ataupun berdekatannya. Baru-baru nie aku naik komuter nak gi umah abang kat balakong. Masa duk tunggu train kat Bank Negara, adalah sorang minah nie..asyik duk batuk-batuk je tapi x cover pun. At least tutup la mulut ngan tisu bila batuk. Adalah sorang akak duk sebelah dia duk jeling-jeling kat minah tu tapi minah tu duk busy sms je,,nasib baik aku duk jauh dari minah tu,,kalau dia duk sebelah aku batuk camtu memang aku sound dah,,,bukannya nak berkasar tapi fikirlah tentang orang lain skit..kalau pun dia juz batuk biasa je tapi kan lebih sopan kalau batuk cover skit..cuba lah jadi masyarakat yang prihatin skit..
Susah bila xde kesedaran dalam diri..sepatutnya kita kena lagi prihatin sekarang nie. Yelah,memandangkan H1H1 dah makin serius, ape salahnya kita bersama-sama bertanggungjawab terhadap kesihatan kita dan orang disekeliling kita. Walaupun kita x dapat menghentikan wabak ini serta-merta tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan kadar jangkitan dikalangan masyarakat kita..
Rasanya bukan susah sangat pun nak melakukannya..semuanya terletak atas diri kita nie sama ada prihatin dan bertanggungjawab ke x..ape pun,,sama-samalah berdoa semoga wabak ini dapat diatasi secepat mungkin tambahan kita dah nak sambut bulan Ramadhan x lama lagi..