Monday, June 27, 2011

Bersih Ke?

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.
Rasanya ramai yang sudah tahu tentang apa 'event' hangat yang akan dijalankan pada 9hb Julai 2011 nanti. Apa lagi kalau bukan Perhimpunan Bersih. Aku memang tidak suka dengan demonstrasi-demonstrasi yang boleh menghuru-harakan negara. Membantah bukan bermaksud aku menyokong mana-mana pihak tapi tidak suka dengan kekacauan yang akan timbul kelak. Kenapa aku tidak suka demonstrasi-demonstrasi jalanan ini, antara sebab-sebabnya seperti;
  1. Menyebabkan kesesakan lalu lintas.
  2. Menyusahkan orang awam yang lain untuk ke tempat lain yang memerlukan mereka melalui jalan yang demontrasi berlaku.
  3. Menyusahkan para peniaga mencari rezeki di kawasan berkenaan.
  4. Membazir masa sahaja.
Itu sebahagian daripada sebab-sebabnya dan yang paling penting sekali bagi pandanganku ialah keamanan. Kenapa kita perlu mempertaruhkan keamanan dan juga kemakmuran yang telah kita peroleh dengan mengadakan demonstrasi seperti berikut? Cuba kita lihat dan renungkan kesan yang berlaku kepada negara-negara lain yang selalu mengadakan demonstrasi-demonstrasi terhadap kerajaan? Negara Libya contohnya dalam usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan mereka menyebabkan negara mereka bergolak dan sekaligus mengakibatkan kuasa luar mengambil kesempatan terhadap pergolakan yang berlaku itu.

Kenapa kita selalu menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur? Bukan ke kita membesar dengan bantuan dan juga usaha-usaha kerajaan sejak dari dulu lagi? Dan kenapa kita mahu melupakan jasa-jasa kerajaan dengan mengadakan bantahan yang sepeti itu?  Kenapa hanya keburukan yang dilihat? Tidak nampakkah kita akan semua kebaikan dan juga usaha-usaha yang kerajaan yang lain dalam memajukan dan juga memakmurkan negara kita Malaysia ini? Mengapa demonstrasi seperti itu yang dibalas kepada orang yang banyak berjasa sejak kecil sampai kita dewasa ini.

Kenapa kita perlu mencemarkan negara kita yang tercinta ini dengan mengadakan demonstrasi jalanan tersebut. Janganlah nanti disebabkan sikap yang melulu tanpa berfikir panjang sesetengah pihak yang selalu tidak berpuas hati dengan kerajaan akan menjatuhkan nilai negara di mata pelancong-pelancong asing yang bertambah dari sehari ke sehari datang untuk menikmati keindahan dan juga kemakmuran Malaysia.

Janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang akan timbul nanti terhadap orang awam yang lain. Mampu ke pihak yang menganjurkan demontrasi tersebut  menjamin tidak akan berlaku huru-hara ataupun kekacauan? Tidak mustahil akan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat huru-hara dan juga memecah-belahkan masyarakat kita nanti. Dalam jumlah yang ramai susah untuk mengawal keadaan supaya tidak timbul huru -hara.

Semoga pihak penganjur dapat membatalkan niat untuk mengadakan Perhimpuan Bersih nanti. Janganlah hanya mencari kesalahan kerajaan sahaja tanpa melihat kebaikan yang telah dilakukan. Kita manusia tidak ada yang sempurna. Janganlah meletakkan keamanan negara sebagai galang-ganti. Renung-renungkan.

P/S~Peace no War.

With Love
~Sal~


Tuesday, June 21, 2011

Sepi itu Indah

Adakalanya sepi menjadi indah bila mana saat-saat itu kita gunakan untuk merenung dan menilai kembali sesuatu perkara dan juga untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan kita. Merenung dan menilai kembali apa yang sepatutnya kita lakukan agar kesilapan yang sama tidak akan berulang. Dalam sepi itu, banyak perkara yang boleh kita pelajari. Mungkin dalam sesuatu perhubungan sepi dapat memberikan kita ruang untuk berfikir secara rasional apa yang sepatutnya dilakukan.


Mungkin ada yang kita terlepas pandang akan sesuatu perkara dan mungkin dengan sepi itu memberikan kita ruang dan juga waktu dalam menilai kembali apa yang perlu dan tidak perlu untuk diteruskan. Sepi juga memberikan kita ruang untuk muhasabah diri masing-masing, menilai setiap yang kita lakukan. Adakah dalam setiap perbuatan atau percakapan kita yang lepas telah menyakiti hati orang lain? Membuatkan seseorang berkecil hati dengan kita? Adakalanya kita akan berterus-terang dengan orang lain yang kita terasa dengannya. Dan ada ketikanya kita hanya membiarkan rasa terguris itu begitu sahaja walaupun sisa-sisanya masih terasa. Mungkin kita mengharapkan orang itu memahami perasaan yang terguris dalam hati kita lantas memujuk kita dengan kata-kata pujukan walau hakikatnya mungkin kita hanya berangan-angan kosong untuk semua itu berlaku.


Teringat semasa masih di bangku sekolah menengah. Waktu-waktu petang, aku selalu berbasikal ke sungai belakang rumah. Waktu itu sungai belakang rumahku masih lagi sunyi berbanding sekarang yang pengkalan ikan sudah disewa oleh Maritim sebagai Pusat Tahanan Vessel haram yang kebanyakkannya dari Siam. Pada waktu tu sungai itu hanya sekali-sekali dikunjungi pemancng-pemancing. Waktu-waktu petang dahulu, aku selalu pergi ke sungai untuk mengambil angin ataupun membawa buku rujukan untuk dibaca di situ. Suasana yang sunyi dan aman biasanya membuatkan otak dan minda kita mudah mengingati sesuatu yang kita baca. Melihat burung-burung putih terbang pulang ke arah pohon-pohon nipah di sepanjang sungai. Ditambah lagi melihat matahari yang semakin mengundurkan diri disebalik awan dilangit, sangat indah pemandangan di situ.


Aku sangat rindu akan waktu-waktu yang kulalui dahulu. Waktu sepi yang hanya sesekali kedengaran bunyi bot-bot nelayan yang pulang dan juga bunyi burung-burung yang terbang pulang itu.

Dan jikalau dapat kuundurkan masa yang berputar, ingin ku kembali ke waktu itu tanpa perlu memikirkan hal-hal dan juga orang-orang yang tidak pernah mahu mengerti, dan yang tidak pernah mahu memahami perasaan orang lain. Mungkin dengan menyepikan diri dapat membuatkan masing-masing berfikir tanpa dipengaruhi emosi...


with love...

~sal~

Friday, June 17, 2011

Betul ke..

Assalamualaikum w.b.t dan salam Jumaat. Ikhlas...erm..sesuatu yang kadang sukar untuk kita nilaikan. Ikhlas yang diucapkan tidak bermakna juga di dalam hati ikhlas. Ramai orang begitu hipokrit tentang keikhlasan. Bila ditanya sama ada ikhlas ke tak melakukan sesuatu perkara yang diminta, begitu beriya-iya mengaku betul-betul ikhlas tetapi sebaliknya hanya dia yang mengetahuinya.


Begitu juga dalam sesuatu perhubungan, sukar untuk menilai betul ke seseorang yang mengaku ikhlas sayangkan kita betul-betul ikhlas? Kalau betul-betul ikhlas kenapa perbuatannya tidak selari seperti yang diucapkan. Memang tidak dinafikan ikhlas ini sesuatu yang susah untuk kita nampak dengan mata kasar bak kata orang, 'ibarat mencari semut hitam di dalam gelap'. Tidak ke susah tu? Sudah la semut hitam then nak cari dalam gelap pulak.


Kadang-kadang, apabila kita ikhlas menerima seseorang dalam hidup kita dan menerima dirinya seadanya tidak semestinya dia juga ikhlas menerima kita. Apabila di saat kita betul-betul menyayangi seseorang dan di tengah-tengah perhubungan yang terjalin, menjadi kawan biasa yang dipinta. Apa lagi yang perlu dilakukan selain merelakan permintaan itu. Walau apa pun yang terjadi, kita perlu berfikiran positif.

Walaupun hubungan yang masih lagi terjalin hanyalah atas dasar kawan, aku berterima kasih kerana dia masih lagi mengambil berat cuma sejak akhir-akhir ini aku jadi terfikir kembali, jikalau hubungan yang dijalinkan ini hanyalah sebagai kawan biasa sahaja, tidak ada maknanya untukku bersikap berlebihan kerana tidak akan ada kesudahan yang pasti. Mungkin aku patut menjauhkan diri darinya. Buat apa mengaku sayang sedangkan hakikatnya sayang itu hanyalah atas dasar sayang kepada kawan biasa.


Hati seorang perempuan sangat halus perasaannya, macam mana hendak percaya sepenuhnya kata-kata sayang yang diucapkan jikalau perbuatan yang dilakukan tidak mencerminkan ucapan sayang. Bukanlah bermaksud mahu dilayan seperti seorang bidadari tetapi apa salahnya kalau dilayan sedikit istimewa daripada kawan-kawannya yang lain supaya kami tahu kedudukan di dalam hatinya agar tidak tersalah membuat andaian. Apa salahnya sesekali bersikap sedikit romantik, memujuk jikalau perempuan yang mereka mengaku sayang merajuk. Bukanlah dengan memarahi serta mengeluarkan perkataan yang tidak disukai yang hanya membuatkan kami merasakan sayang yang diucapkan hanyalah kata-kata manis untuk mempermainkan perasaan sahaja..

Kadang-kadang, sukar untuk mencari seseorang yang betul-betul memahami dan mengerti perasaan kita..entahlah...


with love,,

Monday, June 6, 2011

Cerita Tentang Anak-anak buahku..

Assalamualaikum w.b.t sebagai pembuka entry ku ini. Kelmarin anak-anak buahku telah bertambah menjadi 4 orang. 3 orang puteri dan 1 orang putera. Nur Maizatul Syazwana, Nur Izzatul Natasya, Muhammad Khairul Afiq dan anak buahku yang terbaru yang namanya pun belum didaftarkan pun lagi, Nur Aizatul Khalisya.


Hari Raya Puasa akan datang semua abang-abangku yang merupakan bapa kepada anak-anak buahku di atas akan beraya di kampung. Mesti seronok dengan gelagat-gelagat mereka semua bermain pasir. Al-maklumlah kat KL nie manalah sangat nak jumpa pasir..hehee. Dan yang paling disukai anak-anak buahku kalau balik kampung apa lagi..kambing-kambing nenek mereka jelah. Teringat lagi masa balik kampung raya masa kakak kecil-kecil dulu, kalau menangis je ayat kitorang makcik-makciknya dia nak memujuk 'jom tengok mmbekk'. Mmbekk yang merujuk kepada kambing-kambing belaan Ma. Begitu juga dengan Natasya yang sebelum ni kami panggil adik tetapi setelah mendapat adik baru status adik telah bertukar kepada kak ngah. Baby Afiq pun sama juga dengan sepupu-sepupu perempuannya, asal menangis bila kat kampung, dukung je dia bawak tengok kambing pasti berhenti menangis.


Rasa gembira dapat melihat anak-anak buahku membesar. Kadang-kadang rasa kelakar dengan perangai diorang nie lebih-lebih lagi yang kakak dengan kak ngah. Kakak 7 tahun dan adik@kak ngah 5 tahun. Macam-macam perangai diorang nie yang kadang-kadang boleh buat hot jugak tapi tak pernah lagi aku tergamak nak pukul-pukul, kalau setakat cubit-cubit sikit bila diorang nakal ada la. Tapi takdelah sampai kuat sangat cubitan tu just cubit-cubit manja untuk mengajar mereka supaya tak buat benda yang tak elok lagi..Aku sayangkan anak-anak buahku macam anakku sendiri walaupun aku belum kahwin dan ada anak lagi..hehee..Doaku supaya mereka menjadi anak yang baik terhadap ibu bapa masing-masing, menghormati makcik-makcik dan pakcik-pakcik mereka serta menyayangi datuk-datuk dan juga nenek-nenek mereka. Amin.


With Love,,,