Friday, July 20, 2012

I love Teaching

Setiap hari kita sentiasa belajar dan belajar. Aspek belajar nie sangat luas begitu juga dengan mengajar. Belajar dan mengajar bukan semata-mata berdasarkan buku teks ataupun bahan ilmiah semata-mata.

Walaupun saya cuma mengajar tuisyen tapi dikira cikgu la jugak kan? Dan bila disebut cikgu secara automatiknya mengajar..ye tak? Hehee...Teringat dulu-dulu masa masih dibangku sekolah dan universiti, my mum mesti akan suruh ambik bahagian perguruan. Alasan yang beliau berikan nanti kerja senang dan gaji pun agak tinggi ditambah lagi banyak kemudahan yang akan dinikmati oleh para guru. Tetapi saya cakap tak minat mengajar kat my mum.

Kalau dulu-dulu time balik kampung bila cuti mid-term, adik bongsu akan minta ajar subjek-subjek yang dia tak berapa pandai dan faham. Adik mesti kena marah sebab dia susah nak faham..kalau ingat2 balik, kesian kat adik. Kalau nak cakap saya garang takdelah garang cuma mungkin tahap kesabaran pada masa tu kurang sedikit. Saya jenis orang yang cepat belajar dan ingat jadi saya expect orang lain pun mesti macam tu jugak jadi saya mudah hilang sabar bila orang susah nak faham. Teruk kan? Tapi dengan adik-adik je jadi kurang sabar sikit, dengan orang luar cuma mengutuk dalam hati jelah...hehee.

Semenjak saya menjinakkan diri dalam bidang tuisyen secara part-timer dari tahun 2010 sampailah sekarang, saya semakin menjadi orang yang penyabar. Saya jenis orang yang sukakan budak-budak. Pusat tuisyen yang saya mengajar terdiri daripada pelbagai peringkat umur iaitu paling kecil dalam 3 tahun sampailah umur 17 tahun iaitu peringkat SPM.

Mula-mula dulu memanglah mengajar sebab nak cari side income tapi sekarang ianya lebih kepada untuk menyampaikan ilmu. Kita akan rasa gembira bila ilmu yang kita sampaikan difahami oleh pelajar-pelajar kita. Mengajar tuisyen bukanlah formal seperti mengajar di sekolah. Saya menganggap pelajar-pelajar seperti adik-adik dan juga kawan-kawan saya sendiri. Rasa touching bila ada pelajar saya yang datang bersalam dan cium tangan lepas kelas habis. Rasa macam nak ada anak sendiri je cepat-cepat...hehee

Walaupun mereka ada macam-macam perangai yang kadang-kala agak memeningkan kepala tapi sebenarnya perangai mereka itulah yang menghiburkan saya. Kadang, terubat sedikit stress bila bersama mereka. Ada yang suka sangat buat bising dalam kelas sampaikan penat saya nak melarang mereka supaya tidak mengganggu kelas yang lain. Ada yang suka bercerita dan macam-macam lagi lah.

Apa pun semoga mereka menjadi orang yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara.


With Love
~salwani~