Friday, August 19, 2011

Oh Yeah....Hari Raya Aidilfitri is Coming Soon!


Assalamualaikum and Salam Jumaat for all Muslim.
Thanks for those who had spent the time visit this blog. My feeling is very excited while writing this entry. Yeah...Hari Raya Aidilfitri will coming soon, plus minus it is around 2 weeks! And what makes me more excited because I will go back to my beloved 'Kampung' next saturday. Whoaa...of course I am very excited since I even can count with my little fingers how many times in a year I have a chance to go back to 'Kampung' (seems like I am very successful Businesswoman..haha). My hometown is at Kelantan, it is about 420km++ from Kuala Lumpur or Selangor! For those who never go to kelantan, the journey taking about 7 to 8 hours for the normal day and when the Festive Season like the coming Hari Raya Aidilfitri, the journey sometimes taking about 9-10 hours! Just imagine yourself because I don't want to talk about that annoying feeling which can spoil my Hari Raya Mood's writing.

Talking about Hari Raya Aidilfitri, it is very synonyms with all the kinds of food that are very yummy like my favorite food during Hari Raya which is Nasi Impit or Ketupat Nasi together with Rendang Ayam, Kuah Kacang and also Sambal Ikan. I'm so lovin these food! And the most important and can make me feel really excited when Hari Raya is when all of my family members are together to celebrate that special day. It makes the Hari Raya more worth it to me.

I just remember one of my tuition student name Danial told me his family and him will celebrate the coming Hari Raya at the Australia this year. That time when he told me that thing I had asked him whether he will happy or not celebrating the Hari Raya there. And he said their family  used to celebrated the Hari Raya at the oversea before this. It is actually not become a matter where you celebrate the Hari Raya, it is just with whom you are celebrating it that will give a meaning of Hari Raya to us. As long as all of your family members all together with you to celebrate the Hari Raya, it is more than enough.

Well, for those who knows me and do not know me ( I am Miss Secret..xoxo), I wish you all 'Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin'.

p/s~ Don't over eating during Hari Raya..for your own good also..& enjoy the song.^_^

 

With love..
~Sal~

Thursday, August 4, 2011

Thanks for Being A Good Friend

Assalamualaikum w.b.t and Salam Ramadhan Al-Mubarrak.

How should I start my entry...erm..end of this month, my colleague a.k.a my friend will going back to her hometown, Sabah. I'm quite sad when she told me that she will going back to Sabah because follow her brother since she stayed with her brother here.

I feel quite sad because I will lost my friend that I always shared everything with her even when I had a conflict with someone. Even we are different believe but it doesn't become a matter for us to share our life. Honestly, she is very good listener for me and yet she is also a cool person!

I just hope, she will get all the best thing in her life because she is such a nice people and also a good friend that i had have. For her, i just wanna say, thank you so much 'Vee', cause all this while u always be a good friend to me, lending me your ears whenever I had a problem with somebody. Just, happy to have a friend like you...I'm going missing you and the moment that we had spent together..Thank you Friend..^_^

with love
~Sal~

Wednesday, July 13, 2011

Mencintai tak semestinya memiliki


Dalam hidup kita sebagai seorang manusia memang tidak akan sunyi daripada perasaan mencintai dan dicintai. Cuma kadang-kadang, mencintai seseorang tak semestinya kita akan memilikinya.

Mungkin kehadirannya hanyalah seketika sahaja sekadar untuk mengisi kekosongan dan bila sampai masa akan pergi meninggalkan kita. Walaupun agak pedih tapi semua itu harus diterima demi kebaikan bersama.


Sebagai Muslim, kita percaya jodoh kita sudah Allah s.w.t tentukan. Biarkan dia pergi, andai suatu hari dia kembali itu bermakna dia adalah jodoh kita tapi kalau tiada bermakna bukan dia yang Allah tentukan untuk kita. Cuma yakin, setiap kita telah Allah tentukan jodoh masing-masing.

With Love
~Sal~

Friday, July 8, 2011

Bukan begitu caranya

Salam Jumaat.
Sekadar untuk berkongsi cerita. Minggu lepas, seperti biasa aktiviti malamku ialah mengajar tuisyen dekat Pusat Tuisyen yang sudah hampir 2 tahun aku buat 'part time'. Jumaat malam ialah kelas Sejarah untuk student form 1. Biasanya ada 2 orang student untuk kelas tu, seorang girl chinese dan seorang lagi boy melayu.

Tapi minggu lepas, seperti biasa lepas je habis kerja ofis pukul 5.30 p.m then rushing balik sebab tuisyen start pukul 8p.m so still ada masa la jugak untuk mandi-manda, solat and makan. Lagipun Pusat Tuisyen tu takdelah jauh mana pun dengan rumah. Kalau jalan kaki maybe dalam 10 minit dan kalau naik kereta pun lebih kurang 10minit jugak kot. Yelah kan, kalau naik kereta nak panaskan enjin dulu kena berhenti kalau traffic light merah, kalau jalan kaki dah sah-sah takde nak buat semua tu just jalan je lagipun ada short cut lagi.

Bukanlah nak cerita pasal jarak ataupun tempoh masa yang kuambil untuk sampai ke Pusat Tuisyent tu, just selingan saja. Hehee..Ok, straight to the point. Bila sampai,owner Pusat tuisyen bagitau aku yang student lelaki yang ambil Sejarah form 1 tak lagi ambil sebab parents dalam proses penceraian so ada financial problems. Actually, ada lagi 2 orang adik dia yang tuisyen kat situ. So bermakna,kesemua mereka tak lagi ambil tuisyen. Bila dengar kesian pula. Memanglah tuisyen ini hanyalah sampingan sahaja tapi kadang penting juga.

Itulah kesan terhadap anak-anak bila ibu bapa bercerai. Tambah memberi kesan jika ibu tidak bekerja! Memanglah si ayah wajib memberikan nafkah anak-anak selepas bercerai tapi sedikit-sebanyak akan menjejaskan anak-anak juga. Emosi anak-anak yang sedang membesar juga akan terganggu dengan situasi begitu. Mungkin penceraian adalah jalan terakhir untuk mereka tapi bila difikirkan anak-anak  juga akan mendapat kesan mungkin mereka patut mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah mereka. Bukan apa, anak-anak yang masih bersekolah yang belum matang fikiran kadang-kadang mudah memberontak lebih-lebih lagi apabila melihat ibu bapa mereka yang sering bergaduh ataupun bermasam muka sesama sendiri.

Memanglah setiap orang tidak akan pernah sunyi daripada masalah tetapi sebolehnya janganlah ditunjukkan di hadapan anak-anak. Aku bukanlah orang yang arif sangat sementelah belum berkawin dan menghadapi alam rumah tangga tapi just bagi pandangan dari sudut pemerhatianku. Janganlah disebabkan ibu bapa bercerai, anak-anak yang tidak bersalah ,mendapat tempias yang tidak elok akibat pernceraian tersebut. Kalau boleh, jikalau penceraian juga sebagai jalan terhadap kemelut yang melanda, kebajikan anak-anak janganlah diabaikan.

With Love
~Sal~

Monday, July 4, 2011

Al-Fatihah untuk arwah Ma'da

Assalamualaikum,
Lewat petang semalam, aku kehilangan seorang makcik yang boleh kukatakan rapat dengan keluargaku. Makcik yang kami adik-beradik panggil "Ma'da". Agak sedih kerana aku seakan tidak percaya yang Ma'da sudah meninggal dunia. Bukan bermaksud aku menidakkan Qada dan QadarNya cuma teringat kenangan-kenangan bersama arwah. 
Ma'da seorang yang baik dan tidak pernah berkira dengan anak-anak buahnya. Aku agak terkilan, kenapa orang sampai sanggup mengenakan ilmu hitam pada arwah. Kalaupun marah sekalipun, janganlah sampai menganiaya orang sampai macam tu.

Masih aku teringat, setiap kali kami adik-beradik hendak balik ke Kuala Lumpur akan singgah di rumah Ma'da di Paloh 1. Setiap kali kami singgah mesti kami akan dijamu nasi dengan berbagai lauk pula tu. Memang arwah seorang yang baik hati dan melayan kami adik-beradik macam anak-anaknya sendiri.
Banyak yang hendak kutuliskan tapi entahlah mungkin setakat nie saja. Semoga Allah menempatkan arwah Ma'da dikalangan HambaNya yang beriman dan bertakwa.Amin. Al-Fatihah.

With Love
~Sal~


Monday, June 27, 2011

Bersih Ke?

Assalamualaikum  dan salam sejahtera.
Rasanya ramai yang sudah tahu tentang apa 'event' hangat yang akan dijalankan pada 9hb Julai 2011 nanti. Apa lagi kalau bukan Perhimpunan Bersih. Aku memang tidak suka dengan demonstrasi-demonstrasi yang boleh menghuru-harakan negara. Membantah bukan bermaksud aku menyokong mana-mana pihak tapi tidak suka dengan kekacauan yang akan timbul kelak. Kenapa aku tidak suka demonstrasi-demonstrasi jalanan ini, antara sebab-sebabnya seperti;
  1. Menyebabkan kesesakan lalu lintas.
  2. Menyusahkan orang awam yang lain untuk ke tempat lain yang memerlukan mereka melalui jalan yang demontrasi berlaku.
  3. Menyusahkan para peniaga mencari rezeki di kawasan berkenaan.
  4. Membazir masa sahaja.
Itu sebahagian daripada sebab-sebabnya dan yang paling penting sekali bagi pandanganku ialah keamanan. Kenapa kita perlu mempertaruhkan keamanan dan juga kemakmuran yang telah kita peroleh dengan mengadakan demonstrasi seperti berikut? Cuba kita lihat dan renungkan kesan yang berlaku kepada negara-negara lain yang selalu mengadakan demonstrasi-demonstrasi terhadap kerajaan? Negara Libya contohnya dalam usaha mereka untuk menggulingkan kerajaan mereka menyebabkan negara mereka bergolak dan sekaligus mengakibatkan kuasa luar mengambil kesempatan terhadap pergolakan yang berlaku itu.

Kenapa kita selalu menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur? Bukan ke kita membesar dengan bantuan dan juga usaha-usaha kerajaan sejak dari dulu lagi? Dan kenapa kita mahu melupakan jasa-jasa kerajaan dengan mengadakan bantahan yang sepeti itu?  Kenapa hanya keburukan yang dilihat? Tidak nampakkah kita akan semua kebaikan dan juga usaha-usaha yang kerajaan yang lain dalam memajukan dan juga memakmurkan negara kita Malaysia ini? Mengapa demonstrasi seperti itu yang dibalas kepada orang yang banyak berjasa sejak kecil sampai kita dewasa ini.

Kenapa kita perlu mencemarkan negara kita yang tercinta ini dengan mengadakan demonstrasi jalanan tersebut. Janganlah nanti disebabkan sikap yang melulu tanpa berfikir panjang sesetengah pihak yang selalu tidak berpuas hati dengan kerajaan akan menjatuhkan nilai negara di mata pelancong-pelancong asing yang bertambah dari sehari ke sehari datang untuk menikmati keindahan dan juga kemakmuran Malaysia.

Janganlah kita bersikap pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesan yang akan timbul nanti terhadap orang awam yang lain. Mampu ke pihak yang menganjurkan demontrasi tersebut  menjamin tidak akan berlaku huru-hara ataupun kekacauan? Tidak mustahil akan ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk membuat huru-hara dan juga memecah-belahkan masyarakat kita nanti. Dalam jumlah yang ramai susah untuk mengawal keadaan supaya tidak timbul huru -hara.

Semoga pihak penganjur dapat membatalkan niat untuk mengadakan Perhimpuan Bersih nanti. Janganlah hanya mencari kesalahan kerajaan sahaja tanpa melihat kebaikan yang telah dilakukan. Kita manusia tidak ada yang sempurna. Janganlah meletakkan keamanan negara sebagai galang-ganti. Renung-renungkan.

P/S~Peace no War.

With Love
~Sal~


Tuesday, June 21, 2011

Sepi itu Indah

Adakalanya sepi menjadi indah bila mana saat-saat itu kita gunakan untuk merenung dan menilai kembali sesuatu perkara dan juga untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan kita. Merenung dan menilai kembali apa yang sepatutnya kita lakukan agar kesilapan yang sama tidak akan berulang. Dalam sepi itu, banyak perkara yang boleh kita pelajari. Mungkin dalam sesuatu perhubungan sepi dapat memberikan kita ruang untuk berfikir secara rasional apa yang sepatutnya dilakukan.


Mungkin ada yang kita terlepas pandang akan sesuatu perkara dan mungkin dengan sepi itu memberikan kita ruang dan juga waktu dalam menilai kembali apa yang perlu dan tidak perlu untuk diteruskan. Sepi juga memberikan kita ruang untuk muhasabah diri masing-masing, menilai setiap yang kita lakukan. Adakah dalam setiap perbuatan atau percakapan kita yang lepas telah menyakiti hati orang lain? Membuatkan seseorang berkecil hati dengan kita? Adakalanya kita akan berterus-terang dengan orang lain yang kita terasa dengannya. Dan ada ketikanya kita hanya membiarkan rasa terguris itu begitu sahaja walaupun sisa-sisanya masih terasa. Mungkin kita mengharapkan orang itu memahami perasaan yang terguris dalam hati kita lantas memujuk kita dengan kata-kata pujukan walau hakikatnya mungkin kita hanya berangan-angan kosong untuk semua itu berlaku.


Teringat semasa masih di bangku sekolah menengah. Waktu-waktu petang, aku selalu berbasikal ke sungai belakang rumah. Waktu itu sungai belakang rumahku masih lagi sunyi berbanding sekarang yang pengkalan ikan sudah disewa oleh Maritim sebagai Pusat Tahanan Vessel haram yang kebanyakkannya dari Siam. Pada waktu tu sungai itu hanya sekali-sekali dikunjungi pemancng-pemancing. Waktu-waktu petang dahulu, aku selalu pergi ke sungai untuk mengambil angin ataupun membawa buku rujukan untuk dibaca di situ. Suasana yang sunyi dan aman biasanya membuatkan otak dan minda kita mudah mengingati sesuatu yang kita baca. Melihat burung-burung putih terbang pulang ke arah pohon-pohon nipah di sepanjang sungai. Ditambah lagi melihat matahari yang semakin mengundurkan diri disebalik awan dilangit, sangat indah pemandangan di situ.


Aku sangat rindu akan waktu-waktu yang kulalui dahulu. Waktu sepi yang hanya sesekali kedengaran bunyi bot-bot nelayan yang pulang dan juga bunyi burung-burung yang terbang pulang itu.

Dan jikalau dapat kuundurkan masa yang berputar, ingin ku kembali ke waktu itu tanpa perlu memikirkan hal-hal dan juga orang-orang yang tidak pernah mahu mengerti, dan yang tidak pernah mahu memahami perasaan orang lain. Mungkin dengan menyepikan diri dapat membuatkan masing-masing berfikir tanpa dipengaruhi emosi...


with love...

~sal~