Salam Jumaat.
Sekadar untuk berkongsi cerita. Minggu lepas, seperti biasa aktiviti malamku ialah mengajar tuisyen dekat Pusat Tuisyen yang sudah hampir 2 tahun aku buat 'part time'. Jumaat malam ialah kelas Sejarah untuk student form 1. Biasanya ada 2 orang student untuk kelas tu, seorang girl chinese dan seorang lagi boy melayu.
Tapi minggu lepas, seperti biasa lepas je habis kerja ofis pukul 5.30 p.m then rushing balik sebab tuisyen start pukul 8p.m so still ada masa la jugak untuk mandi-manda, solat and makan. Lagipun Pusat Tuisyen tu takdelah jauh mana pun dengan rumah. Kalau jalan kaki maybe dalam 10 minit dan kalau naik kereta pun lebih kurang 10minit jugak kot. Yelah kan, kalau naik kereta nak panaskan enjin dulu kena berhenti kalau traffic light merah, kalau jalan kaki dah sah-sah takde nak buat semua tu just jalan je lagipun ada short cut lagi.
Bukanlah nak cerita pasal jarak ataupun tempoh masa yang kuambil untuk sampai ke Pusat Tuisyent tu, just selingan saja. Hehee..Ok, straight to the point. Bila sampai,owner Pusat tuisyen bagitau aku yang student lelaki yang ambil Sejarah form 1 tak lagi ambil sebab parents dalam proses penceraian so ada financial problems. Actually, ada lagi 2 orang adik dia yang tuisyen kat situ. So bermakna,kesemua mereka tak lagi ambil tuisyen. Bila dengar kesian pula. Memanglah tuisyen ini hanyalah sampingan sahaja tapi kadang penting juga.
Itulah kesan terhadap anak-anak bila ibu bapa bercerai. Tambah memberi kesan jika ibu tidak bekerja! Memanglah si ayah wajib memberikan nafkah anak-anak selepas bercerai tapi sedikit-sebanyak akan menjejaskan anak-anak juga. Emosi anak-anak yang sedang membesar juga akan terganggu dengan situasi begitu. Mungkin penceraian adalah jalan terakhir untuk mereka tapi bila difikirkan anak-anak juga akan mendapat kesan mungkin mereka patut mencari alternatif lain bagi menyelesaikan masalah mereka. Bukan apa, anak-anak yang masih bersekolah yang belum matang fikiran kadang-kadang mudah memberontak lebih-lebih lagi apabila melihat ibu bapa mereka yang sering bergaduh ataupun bermasam muka sesama sendiri.
Memanglah setiap orang tidak akan pernah sunyi daripada masalah tetapi sebolehnya janganlah ditunjukkan di hadapan anak-anak. Aku bukanlah orang yang arif sangat sementelah belum berkawin dan menghadapi alam rumah tangga tapi just bagi pandangan dari sudut pemerhatianku. Janganlah disebabkan ibu bapa bercerai, anak-anak yang tidak bersalah ,mendapat tempias yang tidak elok akibat pernceraian tersebut. Kalau boleh, jikalau penceraian juga sebagai jalan terhadap kemelut yang melanda, kebajikan anak-anak janganlah diabaikan.
With Love
~Sal~
No comments:
Post a Comment