Assalamualaikum,
Lewat petang semalam, aku kehilangan seorang makcik yang boleh kukatakan rapat dengan keluargaku. Makcik yang kami adik-beradik panggil "Ma'da". Agak sedih kerana aku seakan tidak percaya yang Ma'da sudah meninggal dunia. Bukan bermaksud aku menidakkan Qada dan QadarNya cuma teringat kenangan-kenangan bersama arwah.
Ma'da seorang yang baik dan tidak pernah berkira dengan anak-anak buahnya. Aku agak terkilan, kenapa orang sampai sanggup mengenakan ilmu hitam pada arwah. Kalaupun marah sekalipun, janganlah sampai menganiaya orang sampai macam tu.
Masih aku teringat, setiap kali kami adik-beradik hendak balik ke Kuala Lumpur akan singgah di rumah Ma'da di Paloh 1. Setiap kali kami singgah mesti kami akan dijamu nasi dengan berbagai lauk pula tu. Memang arwah seorang yang baik hati dan melayan kami adik-beradik macam anak-anaknya sendiri.
Banyak yang hendak kutuliskan tapi entahlah mungkin setakat nie saja. Semoga Allah menempatkan arwah Ma'da dikalangan HambaNya yang beriman dan bertakwa.Amin. Al-Fatihah.
With Love
~Sal~
No comments:
Post a Comment