Monday, August 9, 2010

Muhasabah Diri

Kadang kala, kita perlu muhasabah diri masing-masing. Tidak perlu untuk menyalahkan sesiapa atas sesuatu yang terjadi. Tidak perlu menuduh seseorang menjadi punca apabila sesuatu musibah berlaku. Dan jangan pula kita suka mengagung-agungkan sesuatu kebajikan yang telah kita lakukan..
Sebagai manusia, kita tidak lepas dari melakukan kesilapan. Apabila marah menguasai diri, syaitan mula menjalankan peranannya dalam menyemarakkan lagi api kemarahan. Sehingga membuatkan kita terlupa akan persahabatan dan juga persaudaraan yang telah lama terjalin. Hilang sudah kemesraan yang selama ini tersemai atas nama ikatan persahabatan dan juga ukhuwah sesama islam. Astagfirullah,,betapa tipisnya kesabaran dalam menahan hasutan syaitan laknatullah.
Kemaafan...belajarlah memohon kemaafan walaupun bukan semua kesilapan berpunca daripada diri kita. Tidak jatuh maruah kita andai memohon kemaafan dan semoga dengan kemaafan itu dapat menjernihkan kembali keadaan yang keruh. Amin.

Thursday, August 5, 2010

Perempuan Tua ke Perempuan Muda?

Apabila melihat gambar di atas, apakah yang terlintas dan ternampak pada pandangan mata kita? Adakah rupa seorang perempuan tua atau rupa seorang jelitawan muda? Ataupun rupa kedua-duanya sekali iaitu perempuan tua dan juga perempuan muda sekaligus?.
Sebenarnya, semua yang kita lihat sama ada melihat perempuan tua, perempuan muda ataupun kedua-duanya sekali semuanya betul. Ini adalah pandangan kita sendiri kerana setiap orang melihat sesuatu benda dari perspektif yang berbeza. Aku simpulkannya kepada tiga teori iaitu;-
1. Pandangan positif - melihat perempuan muda sahaja.
2. Pandangan negatif - melihat perempuan tua sahaja.
3. Pandangan seimbang - melihat perempuan tua dan muda sekaligus.
Pandangan positif sememangnya bagus kerana kita melihat sesuatu benda hanya dari sudut yang positif sahaja tanpa ada perasaan yang negatif. Contohnya; Seorang gadis A membantu kawannya gadis B yang pernah membuat aniaya terhadapnya tanpa sedikitpun menyimpan hati terhadap perbuatan gadis B terhadap dirinya dahulu. Cuma, bila kita berfikiran macam nie, orang akan selalu mengambil kesempatan terhadap diri kita.
Pandangan negatif pula amatlah tidak bagus tetapi ada sesetengah hal pandangan negatif ini perlu. Contohnya apabila berhadapan dengan seseorang yang tidak dikenali. Tetapi, dalam keadaan biasa,pandangan negatif nie menjadi tidak bagus apabila ianya boleh membuatkan seseorang yang berfikiran begini sentiasa merendah-rendahkan kemampuan orang lain. Contohnya; gadis A dan gadis B berkawan baik. Suatu hari, gadis A berkongsi hasratnya untuk memulakan bisnes menjual selendang secara online kepada gadis B. Gadis B pun memberikan pandangan negatifnya seperti bisnes seperti itu tidak akan ke mana pun lah. Boleh ke kau buat bisnes online lah dan macam-macam pandangan yang boleh mematikan hasrat gadis A.
Pandangan seimbang pula berlainan daripada kedua-dua pandangan di atas.Ianya gabungan antara pandangan positif dan juga pandangan negatif. Melalui pandangan ini kita akan jadi lebih rasional dalam melihat sesuatu benda. Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi mengandungi kedua-dua elemen ini iaitu positif dan negatif. Contohnya; Seorang gadis berkenalan dengan seorang pemuda. Elemen positif terjadi apabila gadis itu menyambut huluran perkenalan daripada pemuda itu. Manakala elemen negatif pula, gadis tersebut tidak terburu-buru untuk menerima pelawaan lelaki itu untuk keluar makan pada kali pertama berkenalan.
Kesimpulannya, apapun ianya terletak pada diri kita sendiri. Cara pemikiran setiap orang adalah berbeza-beza. Kadang-kadang, cara hidup kita juga mempengaruhi pemikiran kita.Cuma, kita perlu lebih peka akan perasaan orang disekeliling kita supaya tiada hati yang akan terguris.

Saturday, July 31, 2010

Warisan (Anak Kecil Main Api)


Aku teringat 1 lagu patriotik yang aku nyanyikan semasa minggu haluan siswa sewaktu menjejakkan kaki di menara gading pada tahun 2002. Masih terngiang-ngiang di telingaku bait-bait lagu tersebut. Lagu yang membuatkan kita terfikir akan hala tuju kita sebagai orang melayu untuk masa-masa akan datang. Juga lagu yang membuatkan kita bersemangat untuk mempertahankan martabat kita sebagai peribumi Malaysia dan juga memartabatkan kaum melayu.

Sama-samalah kita hayati bait-bait lagu yang akan lebih menyemarakkan lagi semangat patriotik kita terhadap negara kita yang tercinta ini.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara
Melayukan gagah di nusantara

p/s; nice lyric & song to be think off.

Monday, July 19, 2010

Attention..Ladies Only!!


Masih ramai lelaki-lelaki diluar sana yang tidak peka pada logo di atas nie, 'ladies' coach'! Dah jelas lagi terang terpampang kat coach tengah yang coach ini hanya untuk wanita sahaja! Tapi ada jugak la lelaki-lelaki yang tak faham bahasa masih lagi dengan muka selamba masuk ladies coach & siap duduk lagi walhal wanita-wanita yang yang berhak berdiri. What a sengal guys they all!!

Bila kat Station Kl Sentral hak wanita nie terjagalah sebab ada polis yang mengawal penumpang yang masuk. So bila ada lelaki-lelaki yang nak masuk ladies coach nie memang diorang sound la suruh masuk coach lain. Tapi bila kat station lain, jarang ada polis yang mengawal, jadi lelaki-lelaki ini yang sama ada tak perasan kain rentang & logo yang terpampang atau saja-saja buat x perasan berpusu-pusu masuk ke ladies coach nie. Kalau foreigner maybe boleh consider sikit la sebab mungkin diorang tak faham tapi kalau yang masuk tu lelaki-lelaki malaysia, tak kiralah melayu ke cina ke ataupun india sekalipun memang diorang nie tak faham bahasa. Dah terang 'wanita sahaja sepanjang masa' masih lagi nak menyelit kat situ. Geram betul dengan perangai lelaki camni.

Diharapkan, lelaki-lelaki diluar sana yang menggunakan pengangkutan awam nie lebih peka selepas nie..'please be a little bit alert towards women rights'. Read carefully, ladies only at all time! Not u guys...

p/s; Don't be mad at me..i'm just telling the truth.

Tuesday, July 13, 2010

Manisnya Kenangan itu..

Kenangan zaman di universiti memang manis. Kadang-kadang tergelak sorang bila ingat balik segala kenangan bersama kawan-kawan baik semasa diploma ataupun ijazah, kedua-duanya memberikan aku kenangan manis yang tersendiri.
Walaupun dibebani dengan pelbagai jenis assignment , tapi sebenarnya assignment itulah yang melengkapkan kehidupan seorang pelajar.
Teringat aku semasa group aku seramai empat orang perlu menyiapkan assignment 'Strategic Management' yang tiap-tiap minggu perlu dibentangkan dihadapan kelas. Kadang sampai bertegang urat jugak sebab tak sependapat dengan idea ataupun jawapan yang diberikan masing-masing. Tapi, melalui assignment dan presentation inilah yang memberikan pelajar keyakinan untuk mengemukakan sesuatu idea ataupun komen jika merasakan jawapanyang diberi kurang bertepatan dengan soalan yang dibincangkan.
Test dan quiz, dua perkara yang memang sinonim bagi seorang pelajar. Kadang-kadang dua tiga test dan quiz dalam seminggu. Sampaikan mata dah bertukar warna kelabu sebab banyak sangat topik untuk dibaca. Tapi biasalah, bila apa yang keluar hanya secebis yang diingat mulalah kepakaran menggoreng diaplikasikan. Adakalanya, soalan minta simple je tapi jawapan yang diberikan punyalah berjela-jela, terover menggoreng pulak...

Konvokesyen,,inilah saat-saat yang paling indah dan bermakna bagi seorang pelajar.
Apa tidaknya, dapat memakai sepasang jubah, bertopi dan ditangan tergenggam skrol menandakan kejayaan seorang pelajar menamatkan segala rintangan dan cabaran semasa bergelar mahasiswa ataupun mahasiswi.

Menerima ucapan tahniah daripada keluarga dan juga rakan-rakan makin menambahkan kemanisan sebagai graduan. Haruman jambangan bunga ros yang wangi yang kuterima dulu masih kuingati sampai kini. Manis sangat saat-saat itu. Dan saat-saat manis itu takkan berlaku tanpa pertolongan pensyarah-pensyarah serta guru-guru yang telah bersusah payah menurunkan ilmu mereka kepadaku dan juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih banyak, jasa kalian semua tidak terbalas akan kukenang sampai akhir hayatku..


p/s; Semoga Allah sentiasa memberkati insan-insan mulia ini. Amin.

Monday, July 12, 2010

I am Who I am..


I am who I am not someone else...I do what I think it is right even though other people thinks that it is wrong.
I wear something that I think suits to me and make me feel comfortable with it
not just simply follow what other's wear.


I'm just me...
I love and happy with who I am now
even there's a lot of thing that I had dream haven't yet come true..
but I'm trying to achieve them.

Nobody Perfect...me also.
But I tried improving my weaknesses even there wouldn't make me perfect.

Mutiara Kata Part 2

Bersambung lagi untuk part yang ke2 mutiara kata. Banyak kata-kata yang kurasakan menarik dan dapat memotivasikan kita sedikit sebanyak..so, keep reading! Moga kita mendapat manfaat darinya.
  • Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi, kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
  • Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.
  • Untuk mencapai cita-cita yang diidamkan, anda harus ada kemahuan, kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh.
  • Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemunduran.
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Nafsu mengatakan wanita cantik atas rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
  • Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
  • Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya.
  • Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting.
  • Orang yang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
  • Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.
  • Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan ataupun kekurangan.
  • Bukti cinta yang terbaik adalah kepercayaan.

p/s; Sabda Rasulullah s.a.w, 'sampaikanlah walaupun sepotong ayat'.