Apabila melihat gambar di atas, apakah yang terlintas dan ternampak pada pandangan mata kita? Adakah rupa seorang perempuan tua atau rupa seorang jelitawan muda? Ataupun rupa kedua-duanya sekali iaitu perempuan tua dan juga perempuan muda sekaligus?. Sebenarnya, semua yang kita lihat sama ada melihat perempuan tua, perempuan muda ataupun kedua-duanya sekali semuanya betul. Ini adalah pandangan kita sendiri kerana setiap orang melihat sesuatu benda dari perspektif yang berbeza. Aku simpulkannya kepada tiga teori iaitu;-
1. Pandangan positif - melihat perempuan muda sahaja.
2. Pandangan negatif - melihat perempuan tua sahaja.
3. Pandangan seimbang - melihat perempuan tua dan muda sekaligus.
Pandangan positif sememangnya bagus kerana kita melihat sesuatu benda hanya dari sudut yang positif sahaja tanpa ada perasaan yang negatif. Contohnya; Seorang gadis A membantu kawannya gadis B yang pernah membuat aniaya terhadapnya tanpa sedikitpun menyimpan hati terhadap perbuatan gadis B terhadap dirinya dahulu. Cuma, bila kita berfikiran macam nie, orang akan selalu mengambil kesempatan terhadap diri kita.
Pandangan negatif pula amatlah tidak bagus tetapi ada sesetengah hal pandangan negatif ini perlu. Contohnya apabila berhadapan dengan seseorang yang tidak dikenali. Tetapi, dalam keadaan biasa,pandangan negatif nie menjadi tidak bagus apabila ianya boleh membuatkan seseorang yang berfikiran begini sentiasa merendah-rendahkan kemampuan orang lain. Contohnya; gadis A dan gadis B berkawan baik. Suatu hari, gadis A berkongsi hasratnya untuk memulakan bisnes menjual selendang secara online kepada gadis B. Gadis B pun memberikan pandangan negatifnya seperti bisnes seperti itu tidak akan ke mana pun lah. Boleh ke kau buat bisnes online lah dan macam-macam pandangan yang boleh mematikan hasrat gadis A.
Pandangan seimbang pula berlainan daripada kedua-dua pandangan di atas.Ianya gabungan antara pandangan positif dan juga pandangan negatif. Melalui pandangan ini kita akan jadi lebih rasional dalam melihat sesuatu benda. Kadang-kadang sesuatu perkara yang terjadi mengandungi kedua-dua elemen ini iaitu positif dan negatif. Contohnya; Seorang gadis berkenalan dengan seorang pemuda. Elemen positif terjadi apabila gadis itu menyambut huluran perkenalan daripada pemuda itu. Manakala elemen negatif pula, gadis tersebut tidak terburu-buru untuk menerima pelawaan lelaki itu untuk keluar makan pada kali pertama berkenalan.
Kesimpulannya, apapun ianya terletak pada diri kita sendiri. Cara pemikiran setiap orang adalah berbeza-beza. Kadang-kadang, cara hidup kita juga mempengaruhi pemikiran kita.Cuma, kita perlu lebih peka akan perasaan orang disekeliling kita supaya tiada hati yang akan terguris.
No comments:
Post a Comment