Monday, July 12, 2010

Mutiara Kata Part 2

Bersambung lagi untuk part yang ke2 mutiara kata. Banyak kata-kata yang kurasakan menarik dan dapat memotivasikan kita sedikit sebanyak..so, keep reading! Moga kita mendapat manfaat darinya.
  • Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi, kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.
  • Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan.
  • Untuk mencapai cita-cita yang diidamkan, anda harus ada kemahuan, kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh.
  • Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemunduran.
  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
  • Nafsu mengatakan wanita cantik atas rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.
  • Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.
  • Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya.
  • Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting.
  • Orang yang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.
  • Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
  • Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca.
  • Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.
  • Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan ataupun kekurangan.
  • Bukti cinta yang terbaik adalah kepercayaan.

p/s; Sabda Rasulullah s.a.w, 'sampaikanlah walaupun sepotong ayat'.

No comments:

Post a Comment