Selembut Bayu Yang Bertiup, Semerdu Angin Yang Berbisik, Semoga Cinta Tetap Bersemi Di Hati Setiap Insan...
Wednesday, June 30, 2010
Tak Seindah Mimpi
Friday, December 11, 2009
Liku-Liku Kehidupan
Begitulah kehidupan kita sebagai manusia yang menjadi Hamba Allah. Kehidupan ini x kan lari dari melalui liku-liku yang kadang kala boleh menguji kesabaran dan keimanan kita..Aku teringat seorang pakcik yang meminta sedekah di kawasan Ampang Park semasa aku ke sana untuk interview. Umur pakcik tu dalam 50an aku agak..dia berdiri sambil menadah tangannya yang aku perhatikan agak terketar-ketar sambil sebelah lagi tangannya memegang tongkat..Untuk meneruskan kehidupan, apa saja sanggup dilakukan asalkan dapat mengisi perut..Itulah yang dinamakan kehidupan kita sebagai manusia..
Thursday, August 27, 2009
H1N1 Lagi...
Cubalah menjadi masyarakat yang prihatin sedikit demi untuk kesejahteraan kita semua jugak. Jangan nanti, wabak ini menjadi terlalu serius baru hendak memulakan keprihatinan..semoga masyarakat kita lebih sedar dalam menghentikan penularan ini....
Khilafnya Diri Ini...

Sedar betapa diri ini khilaf dalam mentafsir hati budi setiap insan,,,sedaya upaya berusaha untuk memahami bahawa tiada yang sempurna dalam diri kita yang bergelar manusia ini..belajar untuk menerima hakikat bahawa setiap insan mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri..tapi mengapa ada insan yang sentiasa merasa diri sempurna hingga kabur dalam melihat khilaf sendiri..entahlah...susah untuk memuaskan hati setiap insan..selagi diri bergelar insan,,selagi itulah kita akan terus diuji..semoga diri ini kental menghadapi semua ini..
I'm Not Perfect!!
Tuesday, August 25, 2009
Bukan Niat nak Membazir




Thursday, August 20, 2009
Peliknya perangai...
Nak dijadikan cerita, dah dia nie nak berlagak je..aku pun balas la ngan ayat yang agak kasar sikit sesuailah ngan sikap dia tu..dia tanya aku, 'u nie memang kasar ke?'. Aku pun cakap la,,'saya berkasar ngan orang yang x tau nak hormatkan orang.' Yang buat aku cam meluat, masa dia mesej kat aku n tanya dia nie sape. Dia cakap, 'email u ada dalam list i..maybe pernah chat'. Then dia tanya, 'u nak i delete ke?'. Aku cakap la, sukati dia la nak delete ke x..tu hak dia..
Tapi..ntah tiba2 dia cakap, 'u nie mesti stupid..Aku pun cakap la kat 'orang tua' nie, 'saya bukan jenis suka berlagak ngan ijazah yang ada'. Pastu dia kutuk lagi, 'eleh, local u je..' Then dia duk sibuk bangga cakap dia nie graduate dari one of London school la..bila aku cakap malas nak layan. Dia cakap aku nie x reti nak argue sebab stupid..Aku malas nak argue ngan orang yang sengal tahap gaban cam dia nie..ingat aku akan teruja bila dia cakap dia nie oversea punya graduate? Tolong la...walaupun aku hanya local u graduate, tapi aku tetap bangga sebab...kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri yang bangga sape lagi yang nak mengangkat martabat universiti kita nie..memang la oversea luar negara lagi bagus tapi kalau la melahirkan 'orang tua' cam aku cerita nie...x yah la dia nak berlagak..
Macam2 perangai manusia nie..bila diberikan Allah sedikit kesenangan, dah mula memperlekehkan orang lain. Memang la kehidupan dia lagi bagus dari aku sekarang tapi tengok la, umur dia pun dah 39 tahun nak dibandingkan ngan umur aku yang baru 25 tahun yang dalam proses memajukan diri..ntah ape2 la,,berlagak bagus n pandai sangat tapi kurang bijak dalam membuat penilaian..Peliknya perangai....
Thursday, August 13, 2009
Bisakah....

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa
Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…
Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Aku suka lirik lagu nie..begitu mendalam makna yang tersirat disebaliknya..ermm,bisakah orang yang kita benci disayangi kembali? Bisakah orang yang mendustai, kita percaya kembali?
Semua nie terpulang kepada diri masing2 kan..adakalanya, sukar juga untuk menyayangi kembali orang yang telah kita benci dan juga memberi kemaafan kepada dusta yang dilakukan terhadap diri kita. Tapi, semua tu mungkin terpulang kepada tahap kedustaan yang dilakukan.Bagi ku, jika kedustaan itu di tahap yang boleh dimaafkan mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi, amat sukar rasanya untuk menyayangi orang yang telah dibenci..yelah, bukan sewenangnya kita nak membenci seseorang kan..kita membenci seseorang maybe disebabkan kesalahan yang dilakukan membuatkan kita x bleh lagi untuk terus menyayangi dan terus mempercayainya...
Tapi adakalanya sukar untuk kita membenci seseorang walaupun kita ingin membencinya. Adakah ini bermakna kita masih lagi menyayanginya? Entahlah....adakalanya perasaan ini begitu pelik untuk dimengertikan dan difahami..hanya yang mengalami dan merasai saje dapat memahaminya...