Thursday, August 27, 2009

Khilafnya Diri Ini...


Dalam meniti hari-hari yang mendatang, tanpa kita sedari ada hati yang terluka dengan kita..ada hati yang memendam rasa...tanpa disedari,,,semua ini menjadikan sesebuah perhubungan menjadi renggang. Betapa khilafnya diri ini dalam menjaga hati serta untuk memuaskan diri insan yang berada disekeliling kita agar tidak terguris...Namun kadang-kala, kesabaran teruji dengan insan-insan yang sentiasa mencari kesilapan kita tanpa disedari kesilapan sendiri.....

Sedar betapa diri ini khilaf dalam mentafsir hati budi setiap insan,,,sedaya upaya berusaha untuk memahami bahawa tiada yang sempurna dalam diri kita yang bergelar manusia ini..belajar untuk menerima hakikat bahawa setiap insan mempunyai kelemahan dan kekurangan tersendiri..tapi mengapa ada insan yang sentiasa merasa diri sempurna hingga kabur dalam melihat khilaf sendiri..entahlah...susah untuk memuaskan hati setiap insan..selagi diri bergelar insan,,selagi itulah kita akan terus diuji..semoga diri ini kental menghadapi semua ini..

I'm Not Perfect!!


Tuesday, August 25, 2009

Bukan Niat nak Membazir

Kejap je dah masuk 4 hari kita umat Islam berpuasa..erm...begitu cepat masa berlalu sekarang nie..Tup-tup,,dah nak raya dah,,,erm...bulan puasa nie x sah kalau x dikaitkan dengan bazaar Ramadhan dan jugak pembaziran yang kadang bukan niat kita untuk membazir...Tapi tulah... bila pergi kat bazaar ramadhan, semua makanan nampak menyelerakan.

Yelah, dah perut menahan lapar dari pagi sampai ke petang,,mestilah terliur bila tengok makanan2 yang sedap-sedap nie..nak2 kalau makanan yang memang menjadi favorite kita kan...macam2 makanan boleh jumpa, nasi kerabu ngan daging bakar , nasi dagang ngan gulai ikan tongkol, nasi beriani, kuih muih yang macam2 ada..tu belum di kira air lagi..laici kang, air kelapa, air tebu..berderet kalau nak sebut satu2 nie...





Tapi tulah,,dalam tak sedar rupanya banyak pembaziran yang kita lakukan dalam bulan puasa nie..beli juadah untuk berbuka kadang sampai tak cukup tangan..semua makanan yang dijual kalau boleh kita nak beli..walaupun kita tak terniat pun nak membazir tapi pembaziran tetap terjadi jugak..Semoga kita lebih berwaspa untuk masa-masa yang akan datang dalam membeli juadah untuk berbuka untuk mengelakkan pembaziran dari terjadi..Beli mengikut keperluan bukan mengikut nafsu semata-mata..


Thursday, August 20, 2009

Peliknya perangai...

Camne nak mula cerita nie...pagi tadi masa aku tengah wat keje sambil2 check email, tiba2 masuk la mesej kat ym aku. Mesej dari email yang aku dah delete..pas dia introduce diri dia sekali lagi, baru aku teringat kat 'orang tua' nie..dia cakap dia auditor masa first chat dulu sebelum aku delete email dia..Memang dari first aku add dia kat ym aku cam x brapa suka sikap dia yang cam berlagak bagus..

Nak dijadikan cerita, dah dia nie nak berlagak je..aku pun balas la ngan ayat yang agak kasar sikit sesuailah ngan sikap dia tu..dia tanya aku, 'u nie memang kasar ke?'. Aku pun cakap la,,'saya berkasar ngan orang yang x tau nak hormatkan orang.' Yang buat aku cam meluat, masa dia mesej kat aku n tanya dia nie sape. Dia cakap, 'email u ada dalam list i..maybe pernah chat'. Then dia tanya, 'u nak i delete ke?'. Aku cakap la, sukati dia la nak delete ke x..tu hak dia..

Tapi..ntah tiba2 dia cakap, 'u nie mesti stupid..Aku pun cakap la kat 'orang tua' nie, 'saya bukan jenis suka berlagak ngan ijazah yang ada'. Pastu dia kutuk lagi, 'eleh, local u je..' Then dia duk sibuk bangga cakap dia nie graduate dari one of London school la..bila aku cakap malas nak layan. Dia cakap aku nie x reti nak argue sebab stupid..Aku malas nak argue ngan orang yang sengal tahap gaban cam dia nie..ingat aku akan teruja bila dia cakap dia nie oversea punya graduate? Tolong la...walaupun aku hanya local u graduate, tapi aku tetap bangga sebab...kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri yang bangga sape lagi yang nak mengangkat martabat universiti kita nie..memang la oversea luar negara lagi bagus tapi kalau la melahirkan 'orang tua' cam aku cerita nie...x yah la dia nak berlagak..

Macam2 perangai manusia nie..bila diberikan Allah sedikit kesenangan, dah mula memperlekehkan orang lain. Memang la kehidupan dia lagi bagus dari aku sekarang tapi tengok la, umur dia pun dah 39 tahun nak dibandingkan ngan umur aku yang baru 25 tahun yang dalam proses memajukan diri..ntah ape2 la,,berlagak bagus n pandai sangat tapi kurang bijak dalam membuat penilaian..Peliknya perangai....

Thursday, August 13, 2009

Bisakah....













Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…


Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu


Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…


Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya


Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu


Aku suka lirik lagu nie..begitu mendalam makna yang tersirat disebaliknya..ermm,bisakah orang yang kita benci disayangi kembali? Bisakah orang yang mendustai, kita percaya kembali?

Semua nie terpulang kepada diri masing2 kan..adakalanya, sukar juga untuk menyayangi kembali orang yang telah kita benci dan juga memberi kemaafan kepada dusta yang dilakukan terhadap diri kita. Tapi, semua tu mungkin terpulang kepada tahap kedustaan yang dilakukan.Bagi ku, jika kedustaan itu di tahap yang boleh dimaafkan mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi, amat sukar rasanya untuk menyayangi orang yang telah dibenci..yelah, bukan sewenangnya kita nak membenci seseorang kan..kita membenci seseorang maybe disebabkan kesalahan yang dilakukan membuatkan kita x bleh lagi untuk terus menyayangi dan terus mempercayainya...


Tapi adakalanya sukar untuk kita membenci seseorang walaupun kita ingin membencinya. Adakah ini bermakna kita masih lagi menyayanginya? Entahlah....adakalanya perasaan ini begitu pelik untuk dimengertikan dan difahami..hanya yang mengalami dan merasai saje dapat memahaminya...




Wednesday, August 12, 2009

Ramadhan kembali lagi....


Sedar tak sedar, Ramadhan akan menjengah kita x lama lagi. Lebih kurang 2 minggu lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al-Mubharak lagi..kaum perempuan semakin sibuk menghabiskan puasa ganti tahun lepas yang belum habis diganti. Macam nielah yang selalu berlaku, last minute ganti. Aku pun termasuk dalam kategori last minute ganti gak...huhu. Puasa 6 hari tu dah ganti separuh tapi biasalah, bila puasa ngan kawan2..bila diorang dah abis ganti puasa aku yang masih ada lagi saki baki yang belum diganti pun stop cam diorang gak. Ntah la...dugaan kot bila kita puasa sorang tapi orang lain dah abis ganti. Ermm...

Puasa belum lagi start tapi aku tengok kat supermarket dah start jual baju raya la,,biskut raya & macam2 lagi. Orang kita memang camni ek...dah lumrah kot..Teringat masa keje kat Mydin dulu..aku bahagian ofis kat Mydin HQ Subang..bulan puasa ramai la individu yang buat amal jariah bersedekah kat anak2 yatim..Aku ngan beberapa lagi staff akaun kena turun kat Hyper untuk tolong staff HR beli baju untuk anak2 yatim. Aku pun ikut je dah setiausaha akaun suruh turun bawah. At least bleh la segarkan mata skit, asyik duk mengadap pc je..bleh jadi rabun gak nanti.

Sampai kat Hyper, aku tengok ramai gak anak2 yatim. Umur antara 5 tahun hingga 18 tahun camtulah. Aku pun ambik la sorang budak pompuan untuk tolong dia belikan baju raya. Umur dalam 9 or 10 tahun camtulah. Agak pendiam budaknya,,maybe diorang dah diasuh camtu oleh penjaga mereka yang dipanggil nenek. Sedekah untuk diorang nie datang dari sepasang suami isteri. Budget untuk kelengkapan raya setiap anak yatim dalam RM100. Alhamdulillah,,rezeki diorang. Kesian aku tengok anak2 yatim semua tu nak2 yang masih kecil..Begitu teruja diorang memilih baju raya masing-masing dalam masa yang sama, mereka kelihatan cukup tabah bila aku perhatikan..

Kedatangan Ramadhan sebernarnya membawa rezeki kepada sesetengah orang macam rezeki anak2 yatim yang menerima sedekah dari insan2 yang berhati mulia. Bulan Ramadhan juga membawa rezeki kepada peniaga2 di bazar2 ramadhan..sememangnya kedatangan Ramadhan sering dinantikan oleh insan2 yang merindukan bulan yang penuh keberkataan ini..
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubharak. Semoga dengan kedatangannya kali ini membawa seribu keinsafan kepada kita dan menjadi hamba Allah yang lebih Tawadduk. Insyaallah...

Tuesday, August 11, 2009

H1N1...bila akan berakhir??

Takut bila mendengar berita tentang selesema babi H1N1 nie..yelah dh ramai yang menjadi mangsa wabak nie kat Malaysia sekarang nie,,,makin hari makin meningkat bilangan dijangkiti, begitu juga kes kematian..dimana silapnya hingga menjadikan wabak ini sukar untuk ditangani. Tidak dinafikan kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk menangani pandamik ini tetapi wabak ini masih lagi menular dan terus menular dikalangan kita.

Kadang aku tak faham dengan segelintir masyarakat kita nie..tiada kesedaran sivik langsung tentang kesihatan orang yang berada disekeliling ataupun berdekatannya. Baru-baru nie aku naik komuter nak gi umah abang kat balakong. Masa duk tunggu train kat Bank Negara, adalah sorang minah nie..asyik duk batuk-batuk je tapi x cover pun. At least tutup la mulut ngan tisu bila batuk. Adalah sorang akak duk sebelah dia duk jeling-jeling kat minah tu tapi minah tu duk busy sms je,,nasib baik aku duk jauh dari minah tu,,kalau dia duk sebelah aku batuk camtu memang aku sound dah,,,bukannya nak berkasar tapi fikirlah tentang orang lain skit..kalau pun dia juz batuk biasa je tapi kan lebih sopan kalau batuk cover skit..cuba lah jadi masyarakat yang prihatin skit..

Susah bila xde kesedaran dalam diri..sepatutnya kita kena lagi prihatin sekarang nie. Yelah,memandangkan H1H1 dah makin serius, ape salahnya kita bersama-sama bertanggungjawab terhadap kesihatan kita dan orang disekeliling kita. Walaupun kita x dapat menghentikan wabak ini serta-merta tapi sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan kadar jangkitan dikalangan masyarakat kita..
Rasanya bukan susah sangat pun nak melakukannya..semuanya terletak atas diri kita nie sama ada prihatin dan bertanggungjawab ke x..ape pun,,sama-samalah berdoa semoga wabak ini dapat diatasi secepat mungkin tambahan kita dah nak sambut bulan Ramadhan x lama lagi..

Tuesday, July 28, 2009

Enaknya kuih-muih Kelantan


Erm...sedapnya kuih akok nie..
Nie la kuih yang paling aku suka nak2 time bulan puasa.
Teksturnya yang lembut membuatkan akok sesuai untuk sume golongan..
(atuk & nenek yang xde gigi pun bleh makan..hehe).
Teringat bila time puasa kat kampung, mesti gi beli kuih akok
kat bazar ramadhan. Ramai kawan2 aku dari luar klate suka
kuih nie. Ada sorang kawan aku masa study dulu suka sangat
kuih akok nie..dia orang selangor. Dia cakap sedap
kuih nie..kadang bila gi pasar
pagi kat machang dulu dia slalu cari kuih nie...hehe



Nie lagi satu kuih yang fames dan digemari di kelate......
ketupat sotong atau lebih dikenali tupat sotong oleh orang negeri
klate. Sedap sangat ketupat sotong nie,,walaupun agak manis,
tapi sesuai la ngan rasanya yang lemak2 pulut yang disumbat
kedalam sotong tu...masa kecik2 dulu, ma aku selalu buat ketupat
sotong nie sebab kitorang adik beradik memang suka kuih nie,,
Kadang,,dah besar nie pun bila balik kampung mesti suruh ma
buatkan..pandai gak buat tapi air tangan ma lagi sedap,,tapi
masa kecik dulu,,kadang aku makan sotong je pulut aku bagi ayam makan..hehee. Sharing la lebih kurang...

Kuih nie pulak dipanggil kuih gomok yang dibuat daripada beras pulut yang dicampur ngan kelapa muda..x tau la nape dipanggil buah gomok maybe sebab putih cam tepung gomak kot...hehe
Kuih gomok nie pun salah satu kuih nostalgia aku masa kecik2 dulu..hehehe..sampai sekarang pun aku still akan cari kuih nie kat pasar bila balik kampung..ma aku x reti nak buat kuih nie..so, kalau nak makan kena la beli kat kedai...kalau nak tau yang putih yang disalut kat buah gomok tu beras pulut yang dikisar lepas beras pulut digoreng tanpa minyak sampai la kekuningan. Serbuk beras pulut tu membuatkan buah gomok nie lagi sedap..x caye?? Cuba la sendiri nanti...hehee

Rasanya kuih nie ramai yang familiar ek..kat KL nie pun banyak dijual..tapi sepanjang aku duk KL nie (baru nak masuk 2 tahun..hehe) aku x jumpa lagi kuih lompat tikam yang sedap yang rasanya sama cam aku makan kat kelate..tapi ada spupu laki aku kat kampung pandai buat kuih nie..dulu pernah la ma aku buat,,tapi nak buat kuih lompat tikam nie kena la sabar sikit sebab ambik masa yang lama gak la. Kena pastikan tepung betul2 masak kalau x mau kembung perut orang yang makan,,kalau aku makan kuih lompat tikam, aku mesti letak kuah santan tu banyak2 sebab sedap..rasanya yang lemak2 masin dan dicampur ngan manis gula melaka (orang kelate panggil nisan..) memang sedap..

Sape x kenal ngan kuih onde-onde atau dikenali gak ngan buah melaka bagi orang luar kelate. Kuih onde-onde nie ma aku selalu buat time bulan pose kecik2 dulu,,adik beradik ramai kn..nak jimat kenalah buat...lagipun bleh la nak makan banyak2,,hehe. Aku selalu la tolong ma aku gentel onde-onde nie masa kecik dulu...kat KL pun banyak gak jual kuih nie,,ok la rasanya. Masa aku study dulu pun aku pernah la buat kuih onde-onde nie..pastu bagi kat kawan2..bulan puasa buat la amal jariah skit,,,hehe.


Kuih teri mandi a.ka. puteri mandi nie lebih kurang cam kuih onde-onde la cuma bezanya kuih teri mandi nie xde gula melaka
kat dalam juz tepung pulut semata-mata. Kelapa mestilah direbus sampai betul2 masak yang dicampurkan gula melaka dalam kelapa yang direbus tu bagi manis,,,aku x brapa suka sangat kuih teri mandi nie..memang dari kecik lagi aku agak kureng ngan kuih nie..tapi family aku sume suka kuih teri mandi nie..kalau aku makan kuih nie masa kecik2 dulu,,aku akan basuh kelapa yang melekat kat kuih nie dulu, baru aku makan..rasa la manis2 skit..
Dah besar nie pun aku x brapa suka sangat kuih teri mandi nie..ntah la..bukan x sedap cuma aku je x suka sangat.

Aku x sure ramai ke yang tau pasal kuih nie...nie la namanye kuih peria. Tengok kulit dia,,kan cam buah peria skit2..aku suka kuih nie sebab dalam dia ada inti kacang hijau...sedap rasanya. Tapi..rasanya kuih peria nie sama la ngan kuih koci cuma bentuk jelah beza tapi rasa dia sama je...Maybe colornya yang warna-warni tulah yang buat kuih peria nie nampak menarik & sedap. Tapi memang sedap pun...hehee..kalau makan 1 memang x cukup..sedap punyee,,,hahaa..kalau sesape yang x suka kacang hijau maybe bagi diorang x brapa sedap la...ermmm..


Laksam nie memang makanan yang sangat famous di kelate. Dibuat
daripada tepung beras. Nampak lebih kurang cam kuetiaw tapi bukan exactly sama la sebab tekstur kuetiaw licin tapi laksam nie lembut je..amat sesuai tuk orang yang x bergigi tau..hehee. Kuah laksam lak santan yang dimasak dan dicampur dengan ikan yang telah dikisar halus. Tak complete kalau makan laksam x bubuh sekali ngan ulam-ulaman cam bunga kantan, kangkung, timun, kacang panjang, daun kesum dan macam2 lagi la ulam-ulaman yang telah dipotong halus-halus. Lagi banyak ulam-ulaman lagi sedap tau..lagi satu benda yang buat laksam nie sedap ialah sambal cili kering yang dicampur ngan belacan..meleleh air liur bila teringat laksam yang ma aku selalu buat kat kampung..hehe

Pendek kata, banyak lagi kuih-muih dan juga makanan kelate yang memang sedap. Kadang nama je pelik tapi rasanya memang sedap..