Minggu lepas saya bersama adik-beradik beserta ipar-duai balik ke kampung yang jaraknya 400++ kilometer. Betapa jauhnya perjalanan yang kami tempuhi untuk sampai ke kampung halaman yang tercinta iaitu Tok Bali. Glamer gitu nama kampung, iras2 Bali di Indonesia..hehehe.
Aktiviti kami adik beradik especially yang perempuan iaitu saya, kakak, kakak ipar dan adik-adik perempuan tidak sah kalau tidak makan-makan. Selalunya makanlah aktiviti utama kami apabila di kampung. Wahahaa...Ini antara aktiviti makan-makan kami yang sempat disnap menggunakan kamera handphone yang kurang bermutu tinggi...hehee
Petang kami sampai di kampung, kami telah menjalankan aktiviti mencari benda alah ini yang dikenali sebagai "Lokan". Kat negeri lain tak taulah kot panggil nama lain. Namun, pencarian kami tak kesampaian sebab kat tempat yang biasa kami cari masa kami kecil2 dahulu telah mengalami kepupusan. Nasib baik ada backup tempat lain maka dapatlah hasil seperti gambar di atas. Weeee..
Check it out lagi gambar cute "Lokan"...errr...cute ke? ^_*
~Ini merupakan tangan yang menulis cerita ini..hehe~
~My big brother berposing dengan hasil carian beliau~
~My bro in-law, orang yang mengidam nak makan lokan..muka bangga dengan hasil penat lelah~
Selalunya kami lebih suka bakar "Lokan" ataupun tiram yang kami cari di sungai belakang rumah. "Lokan" biasanya akan berasa sedikit bau lumpur. Jadi, sebelum dibakar ataupun dimasak dengan cara yang lain juga, rendam "Lokan" tersebut terlebih dahulu di dalam air paip supaya lumpur keluar. Jadi bila makan takdelah terasa sangat bau lumpur.
~Lokan yang dah terbuka cengkerang menandakan sedia untuk dimakan~
Next aktiviti yang wajib kami lakukan apabila di kampung iaitu....makan 'colek mangga'. Lagi nikmat sebab mangga tak payah nak dibeli cuma petik je...hehe.
Mangga kat atas ialah mangga epal tapi mungkin kekurangan kromosom bentuknya tidak bulat seperti mangga epal yang lain. Mangga epal muda dicicah dengan cuka+belacan+cili api. Kecur air liur....mungkin ada yang pelik tengok. Dah la mangga masam lepas tu cicah pulak dengan cuka yang masam, macam shengal je kan? Hehe...tapi sedappp..^_^. Tengok-tengoklah ye...kalau rasa teringin, pergilah berjumpa Puan Khasimah kat Kg Tok Bali minta mangga nie ye..
~Demo memotong mangga oleh yang menulis cerita~
~Kaki asam+masam tengah mengadap mangga-mangga masam...~
Well, ini cuma part of our 'makan-makan aktiviti'. Banyak lagi yang tak sempat disnap. Kami agak beruntung walaupun kuat makan tapi badan tak besar-besar. Mungkin saya yang sedikit berisi antara adik-beradik. Huhu...
p/s~we love eating...^_^
With Love
~Sal~










No comments:
Post a Comment