Friday, June 29, 2012

Once Upon A Time


Masa kecil dulu, saya sangat suka melihat matahari terbit. Cahayanya yang keemasan sangat menakjubkan. Teringat lagi, pagi-pagi ayah akan menghantar kami tiga beradik (me, my sister & brother) ke sekolah dengan motosikal Honda C70. Maklumlah, dulu-dulu kami agak susah dan tidak mampu untuk membeli kereta. Dan sebagai anak yang paling kecil masa tu, saya telah diletakkan di dalam bakul motosikal. Huhu...

Jarak antara rumah dengan sekolah boleh dikira agak jauh. Jadi, sepanjang perjalanan ke sekolah saya akan memandang ke arah pohon-pohon Rhu ataupun dalam istilah saintifik dikenali sebagai Casuarina tree, yang berada di sepanjang pantai. Walaupun pantai bukanlah dekat sangat tapi still boleh nampak 'bola emas' itu.

Saya akan memandang matahari yang terbit itu sehinggalah ianya terlindung dari pandangan. Dan setiap hari saya pasti akan memandang matahari terbit tanpa jemu kerana saya merasakan sesuatu yang tenang apabila melihat cahayanya. Sungguh indah alam ciptaan Allah kepada hamba-Nya untuk dinikmati.

p/s~ sekadar bingkisan secebis memori...

With Love
~Sal~

No comments:

Post a Comment