Saturday, July 10, 2010

Mutiara Kata Part 1

Hari sabtu kerja macam malas sangat nak buat kerja so aku saja search internet mencari mutiara-mutiara kata untuk tatapan dan juga motivasi bagi diriku dan juga untukku kongsi bersama insan-insan yang sudi melawat blogku yang tak seberapa nie...so enjoy reading!

  • Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar ataupun tidak.
  • Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.
  • Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.
  • Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.
  • Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh boleh menjadi pandai.
  • Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk tutun ke bawah.
  • Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan.
  • Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket.
  • Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa-apa yang dicita-citakan.
  • Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
  • Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat.
  • Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya.
  • Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir.
  • Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.
  • Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.
  • Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.
  • Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebajikan.
  • Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
  • Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai.

p/s; semoga sama-sama kita ambil sebagai motivasi diri.

No comments:

Post a Comment