Assalamualaikum w.b.t. Dosa tau kalau tak jawab salam..hehee. Sedar tak sedar sudah masuk Ramadhan ke-14 dah kan? Alhamdulillah. Terasa cepat je masa berlalu sekarang...lagi 16 hari kita akan menyambut Syawal.
Kalau dulu masa kecil-kecil mesti excited sangat bila nak raya. Subuh-subuh raya dah bangun. Bukan apa, excited sebab tak sabar nak pergi beraya dan kutip duit raya. Heehe..walaupun dulu-dulu pergi beraya orang bagi 20sen or 50sen sahaja tapi tetap rasa gembira. Bila dikumpul-kumpul dapat banyak la jugak.
Tapi sekarang bila dah dewasa dan bekerja, perasaan excited still ada tapi bukan excited nak kumpul duit raya la ( orang pun dah xnak bagi pun kan) tapi excited sebab nak balik kampung! Bila bekerja di perantauan nie, balik kampung adalah saat-saat yang paling ditunggu dan boleh menggembirakan hati. Lagi excited apabila melihat wajah-wajah gembira ma dan ayah menyambut kepulangan kami. Nie yang buat rasa tak sabar nak balik kampung...^_~.
Juadah yang menjadi kegemaran bila hari raya sudah semestinya Nasi impit + sambal ikan + kuah kacang + rendang ayam. Sangat marvellous la..kalau dulu-dulu masa kecil biasanya Ma akan menyediakan juadah yang memang wajib setiap tahun. Tapi sejak beberapa tahun nie my only one sister telah mengambil-alih tugas tu. Tapi rasanya tetap sama macam yang Ma buat. ( Ikut resepi Ma memanglah sama...weeee).
Klah ye...sebenarnya cuma nak cakap yang saya begitu excited mahu balik kampung nanti. Hehe..
P/S~ Selamat meneruskan puasa ye...^_^
With Love
~Sal~
No comments:
Post a Comment