Tuesday, October 25, 2011

Nasihat Cinta?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pagi tadi, saya dikejutkan dengan bunyi sms masuk. Dalam mamai-mamai bukalah mesej tu dan dibaca dengan keadaan separuh mamai la jugak. Rupa-rupanya mesej dari seorang kawan lelaki saya. Mula-mula rasa malas je nak membalas sebab pukul 5.20 pagi dia mesej sebab nak minta pendapat soal cinta! Erk...??

Dan pendapat yang diminta oleh kawan lelaki saya tu tentang perlukah dia melepaskan orang yang dia sayang dan cinta walaupun dia tahu yang si dia sudah ada orang lain dalam hati dia? Saya bukanlah pakar dalam soal cintan-cintun nie. Jadi saya berikan pendapat berdasarkan apa yang saya fikir munasabah dan apa yang pernah saya lakukan. Bagi saya, kawan saya tu perlu lepaskan si dia sebab untuk apa bersama andai di dalam hati si dia, bukanlah kawan saya yang bertahta tapi orang lain. Tak guna untuk memaksa dan juga meneruskan perhubungan tersebut kerana pengakhiran nanti mungkin hanya kelukaan yang akan kawan saya dapat.

Saya katakan kepada kawan saya, andai si dia memang ditakdirkan untuk dia suatu hari nanti pasti dia kembali semula. Sebagai lelaki, kawan saya tak sepatutnya menjadi lemah sampai cakap yang hidup nie bosan betul! Janganlah kerana seorang perempuan ataupun lelaki yang tidak tahu menghargai kesetiaan dan kasih-sayang yang kita berikan, kita menjadi lemah. Semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Dan pagi tadi, semasa saya nak pergi kerja, kawan lelaki saya mesej mintak maaf sebab emosional sikit bila mesej awal pagi minta pendapat. Tiada apa yang nak dimaafkan, cuma sebagai lelaki dia tak sepatutnya terlalu emosional walau dalam apa hal sekalipun. Tapi ini cuma pendapat saya yang tidaklah arif sangat dalam hal-hal cinta. Mungkin, jikalau anda yang sudi menjenguk blog saya nie ada pendapat yang lagi munasabah, silalah tinggalkan komen ye. Saya hargai sangat2...

with love..
~Sal~

Wednesday, October 19, 2011

Terlampau kejam

Dua hari lepas, masyarakat dunia dikejutkan dengan video yang sangat menyayat hati sesiapa yang melihatnya. Video tentang seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun di China yang hanya dibiarkan terbaring di atas jalan setelah dilanggar serta dilenyek oleh sebuah van dan kemudian sekali lagi oleh sebuah  lori.

Masyaallah, menitis air mataku melihat video yang tragis begitu dan dapatku bayangkan betapa terseksanya kanak-kanak itu menahan kesakitan yang bukan sedikit. Sedih yang teramat sangat melihat tubuh yang kecil terbaring tanpa diberikan bantuan oleh manusia-manusia yang lalu-lalang di situ. Di mana sifat kemanusiaan yang sepatutnya ada dalam diri kita sebagai manusia? Kalau haiwan yang tidak mempunyai akal pun tahu erti kasih sayang, bagaimana dengan kita, manusia yang diberikan akal fikiran?

Tiadakah rasa belas kasihan terhadap si kecil yang comel yang sedang dalam kesakitan itu? Walaupun mungkin si kecil itu tiada pertalian persaudaraan sekalipun, apa salahnya mereka menghulurkan bantuan atas dasar peri-kemanusiaan. Tidakkah mereka yang hanya melihat tanpa menghulurkan bantuan itu terfikir andai suatu hari perkara sebegitu terjadi kepada mereka ataupun ahli keluarga mereka sendiri? Semalam, dengarnya si kecil itu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Dan belum reda dengan kisah yang menyayat hati itu, kita sekali lagi dikejutkan pula dengan kes bayi yang baru lahir yang dikelar di badan hingga terkeluar usus bayi yang tidak berdosa itu. Paling sedih bila ianya berlaku di negara kita  sendiri yang dilakukan oleh manusia yang tidak berhati-perut! Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun sanggup membunuh bayi yang dilahirkan dengan mengelar tubuh bayi tersebut disebabkan oleh teman lelakinya tidak mahu bertanggungjawab serta menerima bayi tersebut. 

Ya Allah, kenapa kejam sangat manusia sekarang? Sudah la berdosa kerana berzina, kemudian ditambah lagi dosa membunuh bayi yang langsung tidak berdosa itu. Kenapa ramai manusia sekarang yang makin hilang sifat peri-kemanusiaan? Kenapa begitu kejam membunuh bayi yang sempurna sifatnya yang masih hidup dengan cara yang amat zalim? Kenapa tidak bagi saja bayi yang dilahirkan itu kepada badan-badan kebajikan ataupun individu-individu yang sudi menjaga bayi tersebut? Mungkin perempuan itu menyangka yang dengan membunuh bayinya dapat menutup dosa yang dilakukan. Tetapi dia lupa yang Allah itu maha adil, dosa yang ingin dia tutup dengan membuat dosa sekali itulah yang menjeratnya. 

Semoga mereka-mereka yang berhati kejam ini mendapat balasan dan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

With Love,
~Sal~

Wednesday, October 12, 2011

Mengapa Allah temukan kita dengan orang yang salah?

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan serta kejujuran yang dipertaruhkan selama ini tidak dihargai oleh insan yang bergelar kekasih. Tapi sebenarnya, itulah petanda untuk diri dan juga kehidupan kita pada masa akan datang yang;

  1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada syukur kita pada ketentuanNYA.
  2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salahsupaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
  3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
  4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK , KHAS UNTUK DIRI KITA.
  5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita pada masa depan.
  6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip secebis pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
  7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita menjadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
  8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
  9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL.
Jangan sesekali kita menyesali dan menyalahkan diri serta takdir andai kita dipertemukan dengan orang yang salah yang bukan ditakdirkan untuk kita. Semua yang berlaku pasti bersebab dan ingatlah kita dipertemukan dengan orang yang salah dahulu sebelum kita dipertemukan dengan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita kerana ALLAH.

With Love..
~Sal~ 

Friday, October 7, 2011

Jangan Ada Benci...

Salam Jumaat untuk semua yang sudi menjenguk blog yang tak berapa menarik nie..^_^.
Sekadar berkongsi sebuah lagu dan VC yang begitu mendalam maksud disebaliknya. Jangan Ada Benci. Janganlah kita saling membenci hanya disebabkan kegagalan dalam sesebuah perhubungan yang telah terjalin. Pastinya ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Mungkin masing-masing akan menyedari kesalahan diri serta mematangkan lagi diri agar tidak melakukan kesilapan yang sama di lain hari.

So, enjoy this nice song...


With Love
~Sal~

Wednesday, October 5, 2011

What should I Do...

Sometimes when we feel very angry of someone, we feel like going to cry because of person that we mad off or maybe only me feeling like that? Hehehe..At this moment, I am very angry to someone who never understand for what I am telling him. I'm not sure whether he do not understand or just pretend that he doesn't understand.

What should I do for the unnamed relationship? I hate being in this kind of relationship which had an unknown way to go. It's not the time for the "puppy love" anymore. At this ages, it is important for one relationship to have a path so that everybody knows the ending so well. We cannot just let it go as the time goes because the person in the relationship whose supposed to make it move not that relationship itself..why he doesn't understand what I mean? Sigh~

with love..
~Sal~

Friday, September 30, 2011

Pada suatu pagi di sebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya kepada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang.

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?Ermm..baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye..mungkin kamu akan dapat jawapannya.

Pelajar: Baiklah. Apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Baiklah. Saya pergi sekarang dan buat seperti yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut kembali semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu itu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh kamu petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang PALING cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang PALING cantik jadi saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang PALING cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.Kita patut hargai orang yang berada di depan kita dengan sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlalu tetap dah berlalu. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah, orang yang kita sayang itulah yang kita jumpa PALING cantik dan PALING baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas. 

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, jadi terimalah pasangan kita sebagaimana dirinya seadanya dan saling melengkapi kekurangan dan kelemahan masing-masing dalam sesebuah perhubungan. Sesebuah perhubungan terbina berlandaskan tanggungjawab dan juga perasaan untuk melengkapi satu sama lain dan bukanlah untuk keseronokan semata-mata. Wassalam.


with love
~Sal~

Friday, September 23, 2011

Senyumlah...

Senyumlah walaupun didalam hati kita menangis. Walau apa pun yang terjadi, tabahkan hati untuk menghadapi segala-galanya. Dengan senyuman akan memberikan kita kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup ini.

Segala yang berlaku semalam biarkan berlalu. Anggaplah ia suatu kenangan yang indah walaupun tidak semua yang berlaku itu manis. Senyumlah selalu semoga hari-hari yang mendatang akan membawa sinar kebahagiaan.

p/s; enjoy this VC, hargailah hidup kita.Walau apa pun masalah yang dihadapi, janganlah sampai menganiaya diri sendiri.



with love
~Sal~