Begitu juga dalam sesuatu perhubungan, sukar untuk menilai betul ke seseorang yang mengaku ikhlas sayangkan kita betul-betul ikhlas? Kalau betul-betul ikhlas kenapa perbuatannya tidak selari seperti yang diucapkan. Memang tidak dinafikan ikhlas ini sesuatu yang susah untuk kita nampak dengan mata kasar bak kata orang, 'ibarat mencari semut hitam di dalam gelap'. Tidak ke susah tu? Sudah la semut hitam then nak cari dalam gelap pulak.
Kadang-kadang, apabila kita ikhlas menerima seseorang dalam hidup kita dan menerima dirinya seadanya tidak semestinya dia juga ikhlas menerima kita. Apabila di saat kita betul-betul menyayangi seseorang dan di tengah-tengah perhubungan yang terjalin, menjadi kawan biasa yang dipinta. Apa lagi yang perlu dilakukan selain merelakan permintaan itu. Walau apa pun yang terjadi, kita perlu berfikiran positif.
Hati seorang perempuan sangat halus perasaannya, macam mana hendak percaya sepenuhnya kata-kata sayang yang diucapkan jikalau perbuatan yang dilakukan tidak mencerminkan ucapan sayang. Bukanlah bermaksud mahu dilayan seperti seorang bidadari tetapi apa salahnya kalau dilayan sedikit istimewa daripada kawan-kawannya yang lain supaya kami tahu kedudukan di dalam hatinya agar tidak tersalah membuat andaian. Apa salahnya sesekali bersikap sedikit romantik, memujuk jikalau perempuan yang mereka mengaku sayang merajuk. Bukanlah dengan memarahi serta mengeluarkan perkataan yang tidak disukai yang hanya membuatkan kami merasakan sayang yang diucapkan hanyalah kata-kata manis untuk mempermainkan perasaan sahaja..



