Friday, May 27, 2011

Di Manakah Jodohku?

Assalamualaikum dan salam Jumaat..


Sudah agak lama aku tidak menulis di blog ini yang tak seberapa dan masih memerlukan 'touch up'. Jodoh? Sebagai seorang Islam kita percaya yang jodoh pertemuan serta ajal maut telah Allah catatkan di Luh Mahfuz. Setiap daripada kita telah ditetapkan jodoh masing-masing cuma kita tak tahu siapa dan di manakah jodoh kita berada.

Kadang-kadang, bila kita rasa mungkin 'Dialah' jodoh kita tetapi hakikatnya bukan ditakdirkan untuk kita.


Bila kawan-kawan seangkatan yang sudah ramai berumahtangga bertanya 'bila nak kawin?', jawapan yang mampu kuberikan hanyalah 'jodoh belum sampai' ataupun 'belum sampai seru'. Balasan yang kuterima daripada jawapan yang kuberikan selalunya 'memilih kot' takpun 'takkan takde boyfriend'. Erm...rasanya aku nie bukanlah seorang yang memilih sangat. Asalkan sedap bagi pandangan mata ini, boleh menerima diriku seadanya dan yang boleh membimbing diriku baik dari segi agama mahupun ke arah kebaikan.


Aku sebenarnya tak pernah ambil kisah kalaupun lelaki tersebut hanya setakat SPM. Asalkan masing-masing berusaha untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik, itu lagi bermakna. Aku pernah bercinta dengan seorang duda yang ada anak empat. Mungkin pada masa itu aku yakin yang dia jodohku hingga aku sanggup setia padanya walaupun berkali-kali hati aku disakiti. Tetapi akhirnya, perhubungan itu tidak sampai ke mana juga. Mungkin 'si dia' hanya mahu mempermainkanku. Walaupun kini dia kembali menaburkan janji-janji manis dan kata-kata cinta palsunya itu, aku sekali-kali takkan terpedaya lagi. Dia bukanlah lelaki yang kuharapkan menjadi suamiku lagi.


Kadang-kadang, bila melihat kawan-kawan baikku yang bahagia dengan suami dan si kecil yang comel, aku terfikir alangkah gembira kalau aku pun macam tu juga. Aku sukakan budak-budak. Di manalah jodohku bersembunyi ek? Hehe...I will keep searching for 'him' and hope one day I will find 'him'. The man which is mean to me..Insyaallah..



With Love..

No comments:

Post a Comment