



Selembut Bayu Yang Bertiup, Semerdu Angin Yang Berbisik, Semoga Cinta Tetap Bersemi Di Hati Setiap Insan...





Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun…
Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun…
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya
Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu
Aku suka lirik lagu nie..begitu mendalam makna yang tersirat disebaliknya..ermm,bisakah orang yang kita benci disayangi kembali? Bisakah orang yang mendustai, kita percaya kembali?
Semua nie terpulang kepada diri masing2 kan..adakalanya, sukar juga untuk menyayangi kembali orang yang telah kita benci dan juga memberi kemaafan kepada dusta yang dilakukan terhadap diri kita. Tapi, semua tu mungkin terpulang kepada tahap kedustaan yang dilakukan.Bagi ku, jika kedustaan itu di tahap yang boleh dimaafkan mungkin boleh dimaafkan lagi. Tapi, amat sukar rasanya untuk menyayangi orang yang telah dibenci..yelah, bukan sewenangnya kita nak membenci seseorang kan..kita membenci seseorang maybe disebabkan kesalahan yang dilakukan membuatkan kita x bleh lagi untuk terus menyayangi dan terus mempercayainya...
Tapi adakalanya sukar untuk kita membenci seseorang walaupun kita ingin membencinya. Adakah ini bermakna kita masih lagi menyayanginya? Entahlah....adakalanya perasaan ini begitu pelik untuk dimengertikan dan difahami..hanya yang mengalami dan merasai saje dapat memahaminya...


Nie lagi satu kuih yang fames dan digemari di kelate......
Kuih nie pulak dipanggil kuih gomok yang dibuat daripada beras pulut yang dicampur ngan kelapa muda..x tau la nape dipanggil buah gomok maybe sebab putih cam tepung gomak kot...hehe
Rasanya kuih nie ramai yang familiar ek..kat KL nie pun banyak dijual..tapi sepanjang aku duk KL nie (baru nak masuk 2 tahun..hehe) aku x jumpa lagi kuih lompat tikam yang sedap yang rasanya sama cam aku makan kat kelate..tapi ada spupu laki aku kat kampung pandai buat kuih nie..dulu pernah la ma aku buat,,tapi nak buat kuih lompat tikam nie kena la sabar sikit sebab ambik masa yang lama gak la. Kena pastikan tepung betul2 masak kalau x mau kembung perut orang yang makan,,kalau aku makan kuih lompat tikam, aku mesti letak kuah santan tu banyak2 sebab sedap..rasanya yang lemak2 masin dan dicampur ngan manis gula melaka (orang kelate panggil nisan..) memang sedap..

Aku x sure ramai ke yang tau pasal kuih nie...nie la namanye kuih peria. Tengok kulit dia,,kan cam buah peria skit2..aku suka kuih nie sebab dalam dia ada inti kacang hijau...sedap rasanya. Tapi..rasanya kuih peria nie sama la ngan kuih koci cuma bentuk jelah beza tapi rasa dia sama je...Maybe colornya yang warna-warni tulah yang buat kuih peria nie nampak menarik & sedap. Tapi memang sedap pun...hehee..kalau makan 1 memang x cukup..sedap punyee,,,hahaa..kalau sesape yang x suka kacang hijau maybe bagi diorang x brapa sedap la...ermmm..
daripada tepung beras. Nampak lebih kurang cam kuetiaw tapi bukan exactly sama la sebab tekstur kuetiaw licin tapi laksam nie lembut je..amat sesuai tuk orang yang x bergigi tau..hehee. Kuah laksam lak santan yang dimasak dan dicampur dengan ikan yang telah dikisar halus. Tak complete kalau makan laksam x bubuh sekali ngan ulam-ulaman cam bunga kantan, kangkung, timun, kacang panjang, daun kesum dan macam2 lagi la ulam-ulaman yang telah dipotong halus-halus. Lagi banyak ulam-ulaman lagi sedap tau..lagi satu benda yang buat laksam nie sedap ialah sambal cili kering yang dicampur ngan belacan..meleleh air liur bila teringat laksam yang ma aku selalu buat kat kampung..hehe1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -
Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.