Saturday, May 12, 2012

The Red Mania ULTRAS


Salam semua..Tiba-tiba entry kali nie masuk bab bola sepak pula ye..kredit gambar kepada https://www.facebook.com/ktrw2011. Actually, nak dikatakan fanatik bola sepak tu takdelah sangat. Cuma bila ianya berkaitan dengan pasukan negara ataupun pasukan negeri saya sendiri iaitu Kelantan, saya jadi agak bersemangat untuk menyaksikan perlawanan walaupun sekadar menonton di rumah je...hehee. Ok lah kan, sekurang-kurangnya ada semangat kesukanan kan..ok le tuu..

Tapi entry nie bukanlah sebab saya nak mengulas tentang corak permainan ataupun tentang para pemain The Red Warrior sendiri. Saya bukanlah seorang yang begitu arif sangat tentang permainan bola sepak apatah lagi strategi-strategi yang sepatutnya perlu dipraktikkan demi memantapkan lagi mutu permainan. Saya cuma mahu bercerita tentang semangat berpasukan dan juga persaudaraan yang ditunjukkan oleh penyokong-penyokong The Red Warrior itu sendiri yang dikenali sebagai Ultras kelantan The Red Mania. Saya memuji bukanlah kerana saya sendiri adalah orang kelantan tetapi kerana sikap yang ditunjukkan oleh mereka.

Hampir semua perlawanan yang melibatkan pasukan The Red Warrior akan menyaksikan lautan penyokong merah akan membanjiri setiap stadium. Walaupun adakalanya kemenangan tidak berpihak kepada pasukan negeri, tetapi mereka-mereka ini tetap setia dan teguh di belakang The Red Warrior! Setia dan teguh untuk memberikan semangat dan juga sokongan moral yang tidak berbelah bagi kepada pasukan negeri walaupun adakalanya The Red Warrior dicemuh oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati.


Sungguh,  bukan semua penyokong pasukan akan sanggup melakukan perkara seperti yang ditunjukkan oleh Ultras Red Mania ini. Walaupun ada segelintir yang bersikap melampau dan terlalu fanatik hingga menimbulkan kekacauan tetapi percayalah, bilangan penyokong yang matang lebih ramai daripada bilangan yang suka menimbulkan kekacauan. Jangan kerana seekor kerbau yang membawa lumpur, kerbau lain terpalit sama.

Apa pun, semoga semangat berpasukan serta persaudaraan yang ditunjukkan oleh semua Ultras Red Mania akan berterusan demi melihat The Red Warrior terus berjaya dan menjadi pasukan yang digeruni oleh pihak lawan. Walaupun sekadar menyokong dari jauh, saya berasa bangga dengan semangat kalian semua. Chayuk...

p/s~ Semoga Ultras Red Mania terus menjadi 'penyokong terbaikkk'..thumbs up! Selamanya The Red Warrior.

With Love,
~Salwani~

No comments:

Post a Comment