Wednesday, February 15, 2012

Senyum Bukan Bermakna Gembira

Salam semua kepada yang sudi meluangkan masa menjenguk blog saya ini. Sudah agak lama hamba tidak 'mengupdate' blog nie. Bukan apa, kadang idea untuk menulis ada tapi disebabkan ketiadaan mood untuk menulis membantutkan hajat hamba ini untuk menulis. ( Cam perasan ada ramai orang baca je kan...wahaha).

Well..back to my entry above..yes, sometimes smile doesn't means that we are happy. Ada sesetengah orang tak suka untuk menunjukkan kesusahan or kesedihan yang ditanggung kepada orang lain. Apa yang terzahir di wajah kadang-kala tidak menggambarkan perasaan sebenar yang terkandung di dalam hati seseorang. Mungkin dengan sentiasa tersenyum dapat menutup lara hati yang terpendam dan mungkin juga untuk mencari sedikit kekuatan bagi menghilangkan perasaan yang tersimpan disudut hati.

Ada kalanya, sesetengah orang tidak suka untuk berkongsi masalah ataupun kesusahan yang dihadapi dengan orang yang rapat dengan mereka bukanlah bermaksud tidak menghargai mereka ataupun tidak mempercayai mereka. Sebaliknya, golongan yang suka berahsia ini tidak mahu membebankan dan juga menyusahkan orang-orang yang mereka rapat dan sayang dengan masalah yang dihadapi. Dan mereka seboleh-bolehnya cuba untuk menyelesaikan perkara yang dihadapi dengan cara mereka yang tersendiri.

Jadi, salah satu cara yang mudah dilakukan ialah dengan mempamerkan senyuman. Walaupun ada kalanya senyuman yang dipamerkan agak sumbing dan palsu di mata orang yang telah lama mengenali kita...jadi, senyumlah selalu walaupun di dalam hati hanya Allah yang tahu. Dengan senyuman akan membuatkan kita menjadi lebih kuat dan tabah untuk menghadapi apa jua yang mendatang...



P/S ~ I dedicated this beautiful song to all my friends here..

With Love..
~Sal~

No comments:

Post a Comment