Assalamualaikum untuk diriku dan sesiapa yang sudi melawat blogku yang tak seberapa ini. Sekadar ingin berkongsi cerita tentang student tuisyenku. Alkisahnya..malam tadi aku ada kelas Bahasa Melayu dengan studentku, standard 4 dan 5. Sekadar membuka bicara aku bertanyakan khabar kepada 2 orang student lelaki yang datang awal. Aku memulakan bicara bertanya pada pada studentku yang kunamakan sebagai 'N'. N memberitahu dia dan abang serta adiknya (juga di tuisyen sama) beraya di Johor. Actually, emak dan ayah diorang nie dah bercerai dan mereka tiga beradik telah dijaga oleh untie diorang yang selalu menjenguk dirumah yang dibelikan oleh emak diorang. Tapi, emak diorang berhijrah ke China setelah berkahwin dengan warga asing dan ayah diorang pula bekerja di Langkawi.
Aku bertanya kepada 'N', tak beraya dengan mak ke?. N memberitahu yang emak diorang tak balik dan ayah pun sama. Dia juga memberitahuku yang ayahnya sudah lama tak menjenguk mereka. Jelas kelihatan wajah N berubah sedih bila aku bertanya. Kasihan sangat bila melihatnya. Kemudian, aku terus mengubah topik bertanya tentang raya kepada seorang lagi studentku.
Persoalan yang hendak aku utarakan di sini ialah, mengapa bila berlaku perceraian, ramai anak-anak diabaikan? Baik oleh ayah ataupun ibu serta oleh kedua-dua mereka juga?. Memang bukan semua ibu bapa yang bercerai bersikap begini cuma segelintir sahaja tapi, tidakkah segelintir ibu bapa yang bersikap demikian berfikir tentang kebajikan anak-anak mereka itu selepas mereka bercerai?
Kesan perceraian sebenarnya lebih dirasai oleh anak-anak berbanding oleh ibu bapa. Mana taknya, kadang emosi anak-anak yang sedang membesar akan terjejas akibat perceraian ibu bapa mereka. Pada usia yang masih di bawah umur, anak-anak memerlukan lebih kasih-sayang dan juga perhatian daripada ibu bapa mereka.
Aku menyeru kepada ibu bapa di luar sana, jangan jadikan perceraian sebagai penghalang untuk anak-anak terus mendapatkan kasih-sayang anda berdua. Jagalah kebajikan anak-anak dan jangan diabaikan hak mereka sebagai anak daripada ibu bapa mereka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment